27 September 2010

Lagenda budak sekolah - part 3

Ada orang kata aku adalah 'kasanova lelaki'. Ramai lelaki tertarik dengan aku. Betul ke agaknya?

Esoknya, Jin dan Tombak keluar ke pekan. Sepanjang hari Sabtu ni, Jin nampak lemah dan tidak bermaya. Begitu juga keesokannya. “ Jin, apasal kau nampak muram je sejak kebelakangan ni?” tanya Afiq. “Aku tahu, mesti sebab ayah kau tak datang,” balas Afiq menjawab kembali soalan yang dikemukakannya tadi. “ Takde la, ada sebab lain la..” jawab Jin.
Petang itu, Jin menunggu Mus. Sudah lebih pukul 6.00 petang tapi tak nampak-nampak muka pun. Gajus dah mula heboh kantoi pasal cikgu teow telefon rumah dia. Ikram pun cuak jugak. Ikram kata cikgu Zin telefon dia. Penat menunggu, Jin pun pegi mandi dulu. Balik dari mandi, Bagak bagitau “ Jin, kawan kau tu dah balik!”. “Ye ke?” soal Jin terus berlalu. “ Pegi la tengok kat dorm,” jawab Bagak. Sekali budak-budak tu berkumpul kat depan pintu dorm. Isu yang diutarakan ialah kantoi fly. Jin sempat mencuit Mus. Mus pun pandang sambil senyum.

Masa prep malam, Mus datang ke depan kelas 3B. Menggunakan isyarat tangan, Mus mengajak Jin pergi main komputer. Jin terus ikut Mus pegi ke bilik komputer. Lepas habis prep, Mus lepak dorm Jin. Mereka berbual mesra dan bergelak ketawa. Uncle pula hanya memandang mereka daripada katil hujung. “Eh, apa nak jadilah budak dua orang ni,” rungut Uncle sendirian sambil menggeleng kepala.

Esoknya hari isnin. Hari itu Jin balik awal. Kira-kira pukul 1.45 petang kerana tiada guru. Tiba-tiba Amin datang. “Bahan?” soal Amin. Jin faham sangat perangai Amin yg suka mengepau rakan-rakan. Jin lalu megeluarkan biskut Chipsmore. Jin dan Amin berborak sambil makan biskut itu sehingga habis. Selepas itu, Amin pun pergi meninggalkan dorm Jin. Sewaktu Jin hendak membuang bungkusan Chipsmore itu, tiba-tiba Mus datang dengan wajah riang sambil tersenyum, “sikit?” kata Mus sambil ambil saki baki biskut yang tinggal. “ Dah makan, Mus?” tanya Jin. “Dah,” jawab Mus. Selepas itu Jin pun pegi makan bersama Bonggol.

Selepas balik dari makan, Jin masuk ke dorm sebelah, tengok Mus ada kat situ. Budak-budak lain tengah main kelawar. Semua takut nak pegang kelawar tu. Jin pun mengangkat kelawar itu dan terus mencampaknya keluar. Selepas itu, Mus mengikut Jin pergi ke dorm Jin.

Minggu ni, balik awal bulan. Sewaktu rehat hari Jumaat tu, Zamri kata kat Jin “Jin, Mus nak ikut sekali balik ni.” Jin tanya Zamri, “Eh, ye ke?”. “Aah, aku la yang ajak’” beritahu Zamri lagi. Lepas itu Jin pergi ke kelas 3D. “Mus, kau nak ikut aku balik ke?” tanya Jin. “Aah. Tunggu aku tau,” jawab Mus. “Kim tak ikut ke?” tanya Jin lagi. “Ikut la, takkan aku nak tinggalkan dia,” jawab Mus. Petang itu, Jin, Mus, Kim dan Zamri naik bas United yang disediakan oleh pihak sekolah. Mus duduk di sebelah Jin. Sewaktu Jin mengeluarkan sekeping kertas catitan, Mus cakap “Nak tengok, Jin”. Jin pun jawab, “Tak boleh, ini rahsia.” “Alah, camni la kawan,” cakap Mus merajuk. Jin pun bagi Mus tengok. Sepanjang perjalanan, Mus tertidur. Jin sempat pandang muka Mus kat sebelah kiri Jin. “Alahai, comelnya budak Mus ni,” bisik Jin dalam hati.

Setengah jam kemudian bas pun sampai di Terminal Satu. Jin, Mus, Kim dan Zamri pusing-pusing satu shopping complex tu. Mereka singgah di bermacam-macam kedai. Selepas itu, mereka makan di Kyros Kebab. Sekarang jam sudah menunjukkan 5.00 petang. Masa untuk bertolak pulang ke destinasi seterusnya. Mula-mula Mus nak ikut Jin dan Zamri naik keretapi komuter. Sekali Kim ajak Mus naik bas Transnasional ke KL. “Okaylah, Jin. Aku balik dulu. Bye!” kata Mus.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com