Engkau adalah sahabat yang paling akrab pernah aku miliki. Kita sentiasa bersama setiap masa hatta ketika dibuai mimpi sekalipun. Hari-hari berlalu terasa begitu indah...
Hari ahad itu, semua budak kembali ke sekolah semula. Lepas mandi, Jin cuba tidur kat dorm. Tiba-tiba Mus datang dengan wajah gembira sambil membaling songkok ke arah Jin. “Mus!” jerit Jin.
Mus hanya senyum. Kemudian mereka berdua turun ke musolla, maklumlah nak masuk waktu maghrib. Jin bersandar di tepi dinding manakala Mus duduk berhampiran Jin. Mus asyik cerita tentang filem Evolution yang baru ditontonnya. Jin dengar aje la. Tiba-tiba Bighead datang dan duduk berhampiran Jin. “ Wah, Jin! Berapa kali dah kau s****t dia?” tanya Bighead sambil menunjuk ke arah Mus. Agak kurang ajar betul soalan Bighead tadi. Bighead pun ketawa. Jin diam je takleh nak cakap apa-apa. Mus pula berubah air muka. Nak marah Bighead ni pun tak guna pasal dia besar kepala.
Malam tu ada tayangan Leftenan Adnan sempena Minggu Bahasa. Jin dan Mus sama-sama tengok tayangan itu di dewan makan. Mus asyik bagi komen tentang setiap adegan filem itu sampai tak khusyuk Jin nak menontonnya.
Malam esoknya pun ada tayangan lagi. Kali ni di Dewan Besar pula. Filem Jurassic Park 3. Selepas tayangan, budak-budak ni berkumpul depan kelas 3B berbincang pasal tayangan tersebut. Pada mulanya Mus pun ada sekali pasal Mus nak ikut Jin selalu. Tapi lepas tu, Mus balik dorm awal. Jin balik dorm pukul 11.00 malam. Selepas light-off, masa Jin nak tidur, tiba-tiba Mus datang berjumpa Jin. “Eh,Mus! Aku ingatkan kau dah tidur.” kata Jin. “Belum lagi. Aku baca komik kat dorm tadi,” balas Mus. Lepas tu Mus baring kat sebelah Jin. Mereka terus tidur sampai pagi.
Hari berikutnya, hubungan Mus dan Jin agak renggang sedikit. Namun begitu, Mus tetap akan tidur dengan Jin pada waktu malamnya. Pelik betul budak Mus ni. Sebenarnya Jin dengan Mus tidur sama-sama bukan ada buat apa pun. Kadang-kadang terpeluk member tu biasa la kan.. hahaha...
Pada hari Jumaat, Jin dan Apis bercadang untuk botakkan rambut. “Cuba belah tengah rambut kau, pis,” kata Jin. “Nanti la, aku kena botakkan rambut dulu baru boleh belah tengah,” balas Apis pula. “Okay, petang ni potong rambut?” soal Jin. “Okay,”balas Apis kepada Jin.
Petang itu ada Gerak Gempur Agama Islam. Jadi terpaksa balik pukul 6.00 petang. “Aku rasa tak sempat la nak potong rambut, Jin.Dah pukul 6.00 petang,”kata Apis. Masa tu, Mus ada kat dorm 18. Jin datang jumpa Mus. Mus ejek Jin. Lepas tu Jin kejar Mus satu asrama. Mus lari punyalah jauh.Jin terus masuk gunting rambut dengan Apis kat kedai gunting rambut.
Jin buat rambut flat-top. Petang itu, Mus datang jumpa Jin. Mus senyum saja bila tengok rambut Jin. Sebelum pegi prep malam, Jin cabar Mus, “Mus, kalau berani kau potong rambut macam aku la!” kata Jin. Mus buat muka taknak je.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment