08 October 2010

Lagenda budak sekolah - part 5

Perasaan ini datang secara tiba-tiba. Mungkinkah aku sudah mula menyukai kamu? Aku tahu ianya salah, tapi apakan daya. Aku hanya manusia biasa.


Malam tu lepas prep, Mus pegi potong rambut dengan Asfar sebab dia pandai gunting rambut. Takde la potong rambut pendek macam Jin. Tapi macam landak. Comel aje muka Mus bila buat rambut camtu. Mesti ramai budak perempuan yang angau tengok wajah baru Mus bila kat kelas nanti. Bagi Jin, Mus buat rambut macam mana pun tetap kacak.

Hari Sabtu malam, Mus ajak Jin pegi telefon akak cun dia kat depan pejabat. Selepas itu, Jin dan Mus pun berjalan menuju ke kelas.Tiba-tiba, Mus terdengar bunyi orang bermain basketball di gelanggang. Sementara itu, di gelanggang basketball kelihatan beberapa orang budak form 3 sedang bermain basketball.
Mus terus berlari ke gelanggang basketball sambil diikuti oleh Jin. Bila light off je, Jin terus balik ke asrama. Mus pula masih meneruskan permainan kat gelanggang bersama rakan-rakan lain. Kira-kira pukul 12.30 malam, Mus datang dorm Jin. “Dah habis main ke, Mus?”tanya Jin. “Cikgu Rizo datang, kitorang semua kena marah,” jawab Mus. Jin tak terkejut. Macam manalah warden tak marah kalau main sampai lewat malam.

Esoknya, Jin dan Mus serta Zamri pegi outing. Waktu malam, Jin dengan Mus study bersama, makumlah esoknya ada gerak gempur PMR. Sepanjang minggu ni, Mus selalu belanja Jin makan waktu malam.

Hari Sabtunya, ayah Jin datang dan tegur pasal rambut yang Jin buat. Mak dan ayah tak berkenan dengan rambut Jin. Pada waktu malamnya, Mus, Kim, Jin dan Ikram pergi ke Dewan Besar untuk bermain badminton. Ramai jugak la ada masa tu termasuk bebudak form 4 dan form 1. Diorang main sampai pukul 12 malam. Tiba-tiba diorang nampak kereta cikgu Ajak datang. Diorang tutup lampu Dewan dan terus lari balik dorm. Takut kalau kena marah nanti. Sampai kat dorm, Mus ajak Jin pegi mandi sama-sama. Mula-mula Jin taknak, tapi Mus pujuk jugak. Terpaksalah Jin ikut kemahuan Mus. Lepas mandi Jin dan Mus terus tidur sampai pagi tanpa pakai baju sebab panas.
#p/s: Walaupun tak pakai baju, tapi seluar tetap pakai ye.. hahaha…

Minggu berikutnya berlalu seperti biasa. Hari Jumaat tu, Mus ajak Jin stay kat dorm masa prep malam. “Aku demamlah, Jin”kata Mus. Esoknya waktu prep pagi, Cip ajak Jin balik dorm. Masa tu prep pagi belum habis lagi. Tiba-tiba Mus datang. “Eh, Mus. Camne kau tahu kitorang ada kat sini?”tanya Jin. “ Aku dengar bunyi locker,” jawab Mus.

Esoknya, hari Ahad Jin, Mus dan Kambinx pergi outing sama-sama. Waktu malam pulak, Jin rasa tak sihat. “Tak payah pergi prep la, Mus” kata Jin. Mus mengangguk kepala. Entah beberapa kali Jin tersedu. Mus hanya gelak saja. “Betul ke kau demam ni, Jin?” tanya Mus. “Tak percaya la aku,” tambah Mus lagi. “Betul la,” jawab Jin. Bila dengar bunyi kereta atau motor, cepat-cepat Mus tinjau. Jin pulak relax aja baca buku. “Eh, kau ni Jin! Tak cuak ke?” tegur Mus. “Ah, rilekslah! Bukan ada apa-apa pun,” jawab Jin sambil terus membaca komik itu.

“Jin, rambut kau dah panjang kan?”kata Mus sambil pandang Jin. Lepas tu, Mus usik-usik telinga dan pipi Jin. “Pipi kau tembamlah,” kata Mus sambil terus merenung muka Jin. “Apa kena Mus ni, dah gila ke?”soal Jin dalam hati. Iyalah, malam tu Jin sendiri dapat rasa apa yang Mus rasakan. “Tapi, tak baiklah. Kitorang sama-sama lelaki. Takkan nak simpan perasaan macam ni,” tedetik dalam hati Jin camtu.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com