13 October 2010

Lagenda budak sekolah - part 6

Aku rasa magnet aku dah rosak la, asyik tarik lelaki je datang dekat aku. Kalaulah lelaki dibenarkan couple dengan lelaki, dah tentu aku ada ramai kekasih sepanjang hidup aku ni.


Esoknya Jin pergi sekolah. Lepas rehat, Jin terus balik dorm. Demam punya pasal, prep petang pun tak pegi.Hari Selasa Jin, Mihun dan Gans pegi hospital bersama-sama.Meng pun nak ikut, tapi tak lepas. Waktu petang, Jin dan Tinkle tak pegi prep. Sekali kantoi kat cikgu masa pukul 3.45 petang. Cikgu perempuan pulak tu. Apalah yang dia buat kat asrama lelaki masa tu? Cikgu tu suruh pakai baju dan pegi prep. Jin dan Tinkle malas nak masuk kelas, jadi diorang lepak kat tandas.

Hari Jumaat, Jin cakap kat Mus yang dia nak balik rumah. “Janganlah balik, Jin.” cakap Mus. “Kenapa? Aku balik sekejap aje. Dua hari,” balas Jin. “Tak best lah kalau kau takde,”jawab Mus. Tapi, Jin nekad jugak nak balik pasal Jin dah janji dengan Gajus. “Nanti beritahu Mus, kunci locker aku ada kat bawah tilam,” pesan Jin pada Tinkle. Selepas itu, Jin dan Gajus terus ambil teksi. Sampai pekan, Jin naik bas Trans sampai Seremban.

Hari Ahad tu, Jin balik asrama semula. Jin jumpa Mus kat tandas aras tiga. Mus baru habis mandi. Mus senyap je. Bila Jin pandang Mus, dia buat muka masam mencuka. “Mana kunci locker aku, Mus?” tanya Jin. “Mana la aku tau,”jawab Mus.

Jin balik semula ke dorm. Beberapa minit kemudian, Mus datang dengan membawa buku. “Eh, camne kau buka locker? Kau buat camne?” tanya Mus. Jin diam tanpa menjawab sepatah kata. “Kau ada kunci spare kan?” cakap Mus lagi. “Takde,” jawab Jin cuba berdalih.
“Jin, bukalah bahan. Kau baru balik.” rayu Mus. “Macam mana aku nak buka locker? Kunci takde.” kata Jin kepada Mus. Selepas itu, Mus terus ambil kunci locker Jin yang disimpan di lockernya.

Selepas makan dan membuat latihan PMR bersama Jin, Mus menghilangkan diri. Puas Jin cari tapi tak jumpa. Akhirnya Jin pegi dorm Asrif dan lepak kat katil Asrif sambil baca buku Petai De Putet. Jin tertidur kira-kira 20 minit. Lepas tu, Jin balik dorm.

Jin terserempak dengan Mus secara tiba-tiba. “Kau pegi mana, Jin” tanya Mus. “Kau pula pegi mana?” tanya Jin tanpa menjawab soalan Mus. “Puas aku cari kau. Satu asrama aku pusing,” balas Mus tanpa mempedulikan soalan Jin tadi. “ Sayang jugak Mus kat aku rupanya,” kata Jin dalam hati.

Petang itu, selepas makan, Jin dan Mus balik dorm. Mus ternampak satu balang plastik dan menyepak balang tersebut ke arah Jin. Selepas itu Jin dan Mus terus bermain sepak-sepak menggunakan balang tersebut. Punyalah bising Mus dengan Jin masa tu, macam nak roboh asrama dibuatnya. Mus muka happy je.

“Hey! Masa Jin takde, senyap aje dia. Ini Jin dah balik, memekak aje pulak dia…”kata Uncle kepada Mus. Mus buat tak tahu je.

Sejak minggu tu, Jin dan Mus semakin rapat. Diorang selalu study bersama. Waktu maghrib dah tak turun musolla lagi dah. Sembahyang kat dorm je. Pastu sambung study. Maklumlah, minggu itu ada Trial SBP. Minggu berikutnya pula ada Trial Negeri.

Hari terakhir Trial Negeri ialah hari Khamis. Hari itu semua pelajar akan bercuti bulan September. Budak form 3 terpaksa balik tengahari sebab ada paper Agama Islam. Budak form lain semua balik rumah selepas rehat.

Jin, Mus, Kim dan Zamri balik bersama. Dalam bas, mereka duduk kat kerusi belakang sekali. Kim duduk sebelah Jin. Dalam bas, Kim terlelap dan kepala Kim terlentok pada bahu Jin. Mus pandang Jin. Jin senyum saja. “Muka cemburu aje Mus ni..”cakap Jin dalam hati.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com