Engkaulah satu-satunya yang tidak ada pengganti. Walaupun sekadar seketika tapi aku tak pernah berasa gembira semacam ini...Ramai yang iri hati dengan hubungan kita. Biarkan kata-kata negatif mereka. Kerana tuhan lebih mengetahui kebenarannya...
Lepas cuti bulan September, Jin balik sekolah. Petang tu ketika maghrib, Jin turun musolla awal pasal Bonggol ajak. Jin tak dapat nak tunggu Mus. Lepas maghrib Mus ada masuk dorm sebelah dan selisih dengan Jin, tapi Jin tak bertegur sapa dengan Mus. Tak tahu kenapa Jin buat Mus macam tu. Jin berharap Mus akan datang dorm dia sebelum pergi prep malam. Tapi Mus langsung tak datang, malah Jin ternampak Mus berjalan tergopoh-gapah masa pegi prep. Jin sempat pandang sekilas lalu wajah Mus masa dia lalu depan dorm Jin. Macam sedih je wajah Mus. Disebabkan Jin berasa bersalah, malam tu jin tak dapat menjalani prep malam dengan baik.
Lepas habis prep, Jin cuba cari Mus kat dorm. Tapi tak jumpa. Malam itu, Jin tak dapat nak tidur. Macam mana Jin nak tidur kalau Mus takde kat sisi? Jin pun pergi bilik prep. Ada la pulak Kim kat situ. Jadi Jin pun bersembang dengan Kim, Rez dan Pea. Jin tolong diorang buat essay English. Kambinx pula asyik mengejar si Apis. Entah apa-apa diorang ni. Malam tu, buat pertama kali dalam tempoh lima bulan Jin bergelak ketawa dan bersuka ria dengan Kim, musuh Jin selama ni. Ironinya adik kembar Kim adalah kawan rapat Jin. Pelik kan? Kim nampak senang dengan lawak yang Jin buat malam tu.
Malam itu, Jin dan rakan-rakan kacau budak –budak perempuan yang tengah study kat Asrama Puteri. Kacau dari jauh je, pasal dari bilik prep diorang boleh nampak bilik prep Asrama putera. Diorang hulur-hulur buku, buka tingkap dan macam-macam lagi. Nasib baik takde yang buka seluar. Dah pukul 1 pagi ni, Jin belum ngantuk lagi. Sekali Malau dengan Bighead datang la pulak. Diorang usik Kim pasal awek dia.
Kemudian Malau cakap, “Jin, awek dia lain. PBSM”. Jin tertanya-tanya. Apasal PBSM?
Beberapa minit lepas Malau dengan Bighead blah, Jin pun nak keluar dari bilik prep. Tapi Kim suruh Jin tunggu dia habiskan kerja sikit lagi. Masa Jin dan Kim lalu depan dorm Mus, diorang terpandang cermin. Macam ada benda bergerak. Kim tanya pada Jin, “Kau nampak tak?”. Jin tanya pada Kim balik, “Apa dia?”. Kemudian Kim ketawa sambil cakap, “Mus panggil kau”. Kemudian Jin dan Kim pun masuk dorm 20, dorm Jin menginap. Kelihatan Malau dan Uncle pun berada kat situ jugak. “Eh, siapa ni?” tanya Uncle. “ Jin dan Mus,” kata Malau. “Eh, bukan! Kim!” kata Malau membetulkan kembali kata-kata dia tadi. Agak sukar untuk membezakan budak kembar dua orang ni. “Eh, sekarang adik takde. Abang pun jadilah,” kata Uncle dalam nada seribu makna. Mungkin kurang senang dengan sindiran mereka berdua, maka Kim pun tanya pada Jin, “Nak tidur ke?” Jin pun fikir nak tidur dengan Kim malam tu pasal dah lama tak tidur dengan dia sejak bergaduh dulu. Tapi Kim pula ajak Jin pergi bilik prep balik. Mungkin masa belum sesuai.
Masa lalu depan dorm Mus, Jin ajak Kim masuk untuk tengok Mus. Kim kata, “Pergilah, aku kat bilik prep”. Jin pegi kat katil Mus. Jin tengok ada orang berselimut. Jin pergi dekat lagi. Eh, mata dia terbuka pula? Lepas tu, Mus terus bangun. “Blah la! Woi! Blah la!” marah Mus. Jin terkejut. Tak sangka Mus marah kat dia. Jin hanya mampu senyum je, tanpa dapat berkata apa-apa. “Eh, senyum pulak dia..” kata Mus sambil senyum pada Jin. Lepas tu, Jin ajak Mus pergi bilik prep. “Pergi dulu, nanti aku datang.” jawab Mus.
Jin masuk bilik prep, kelihatan ada Apis dan Kambinx. Malau dan Bighead pun ada. Eh, Malau ni! Kejap kat dorm, kejap lagi kat bilik prep? “Eh, kata nak tidur?” tanya Apis kepada Jin. Jin tak menjawab, hanya memandang ke belakang. Apis dan Kambinx pun pelik. Beberapa saat kemudian, Mus pun masuk. “Eh, Mus pun ada?” kata Apis keriangan.
“Inilah dia PBSM,” kata Malau. Pada masa tu baru Jin perasan yang Mus pakai baju PBSM lengan panjang. Mus hanya senyum je..
Kira-kira 15 minit kemudian, Jin dan Mus balik ke dorm Jin. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Bila masuk je dalam dorm, Uncle pun cakap, “Ini barulah pasangan yang betul”. Semua yang belum tidur lagi kat dalam dorm tu pun ketawa. Malam tu Jin dan Mus bercerita macam-macam termasuk isu sukan SEA, serangan pengganas terhadap WTC (13 September) dan macam-macam lagi. Jin tengok Mus sangat gembira malam tu. Rindu agaknya. Hahaha. Dapat juga Jin tidur dengan Mus pada malam tu. Kali terakhir Jin tengok jam menunjukkan pukul 4.00 pagi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment