23 October 2010

Lagenda budak sekolah - part 8

Apasal takde watak perempuan dalam cerita aku ni? Semua jantan je. Patut ke aku tukar tajuk daripada lagenda budak sekolah kepada lagenda budak gay?

Hari khamis tu, Mus dan Jin berpuasa sunat. Mus tertidur kat dorm dia. “Mana Mus kau, Jin? Dah tak bersama lagi ke?” tanya Tinkle. “Entahlah,” balas Jin. Tinkle pula hanya senyum je. Sewaktu Jin nak turun maghrib, tiba-tiba Mus datang dengan pakai tuala. “Jin, tolong ambil nasi untuk aku. Aku nak mandi. Tolonglah,” pinta Mus. Jin pun tolong Mus ambil nasi kat dewan makan.

Masa prep malam tu, Jin study kat kelas Mus, 3D. “Masa kau ambil makanan tadi, makcik tu cakap apa?” soal Mus. “Aku kantoi dengan makcik tu pasal ambil dua kali” balas Jin. “Habis tu, kau cakap apa?” tanya Mus lagi. “Aku cakap untuk kawan,” balas Jin. “ Untuk kawan?” soal Mus. “Aah,” jawab Jin. “Takpe, kawan..” kata Mus perlahan. Kenapa Mus cakap camtu? Mungkin Mus nak Jin cakap kawan baik? Mungkin….

Esoknya hari Sabtu. Waktu malam, Jin dengan Mus pergi bilik rekreasi selepas solat Isyak untuk menonton televisyen. Malam tu, ada siaran langsung bola sepak Liga Perdana Malaysia. Tak pasal-pasal Mus pegi sepak-sepak Jin kat situ. Main-main je la. Bila Jin rasa meluat dengan perangai Mus, maka Jin pun blah dari situ. Beberapa minit kemudian, Mus naik ke dorm. Sambil tersenyum Mus kata, “Jin, bahan?” Jin buat tak dengar aje. Mus terus buka locker Jin dan ambil biskut. Jin langsung buat tak peduli. Lepas makan biskut, Mus pegi bilik prep untuk study.

Pukul 11.00 malam, Jin pegi beli roti John sebab lapar. Jin beli dua, satu untuk Mus. Waktu light-off, Mus datang. “Jomlah pegi bilik prep, Jin” ajak Mus. “Kau lapar, tak?” tanya Jin pada Mus. “Aku dah kenyang. Baru makan tadi.” Balas Mus. Dalam hati jin menyesal jugak beli dua roti john. Mana larat nak habiskan sorang.

Jin keluar dari bilik prep. Masuk aje dorm, Jin terserempak dengan Kim. “Kim, kau lapar tak?” tanya Jin. “Lapar,” jawab Kim. Jin keluarkan roti john tadi. “Nah, ambil satu,” kata Jin kepada Kim. “Eh, takpelah. Kau makan ajelah,” kata Kim. “Makan aje. Janganlah malu-malu. Aku belanja kau,” cakap Jin lagi. Selepas makan, Jin kembali semula ke bilik prep.

Jin bawa buku Math. Mus pulak tengah study Sejarah. Masa tengah study tu, Jin terjumpa buku Ujang. “Jin, bagi sini buku tu. Aku nak baca,” pinta Mus. Jin buat tak tahu. “Kau buat latihan Math dulu,” sambung Mus sambil terus merampas buku Ujang daripada Jin. “Apa ni, Mus? Aku tengah baca,” marah Jin sambil merampas kembali buku tersebut.

Disebabkan tidak berpuashati, Mus pun ambil pen Jin. “Jangan ambil pen aku!” marah Jin. Mus tak mengendahkan amaran Jin malahan terus menconteng buku Jin. “Apa ni, Mus?” marah Jin lagi. “Weh, budak dua orang ni! Gaduh aje!” tegur Alur. “Biarkan dia, budak merajuk memang macam tu,” kata Jin. “Mana ada!” balas Mus pula. Alur hanya senyum melihat telatah Mus dan Jin. “Budak merajuk, memang macam tu,” tambah Jin lagi cuba menaikkan kemarahan Mus. Mus terus aje menconteng buku Jin. Muka dia dah merah padam. “Dahla, aku malas nak layan budak merajuk ni,” kata Jin lagi.

“Kau nak pegi mana tu, Alur?” tanya Jin selepas melihat Alur ingin beredar. “Tidurlah. Nanti kejut aku bangun Qiamullail,” balas Alur. Beberapa minit kemudian, Jin dan Mus balik ke dorm. “Jin, jom tidur kat dorm aku. Kata nak Qiamullail,” cakap Mus pada Jin. “ Okaylah, jom!” balas Jin.

“Tidur kat katil ni ajelah. Kosong.” beritahu Mus. Jin pun baring sebelah Mus. Jin renung muka Mus. Mus pun sama renung muka Jin balik. Mata bertentang mata. Kedua-dua mereka tersenyum. “Eh, pandang.. macam sial!” cakap Jin pada Mus. “Kau pun sama,” balas Mus pula malu-malu. Kemudian mereka berdua ketawa bersama.

Tak sangka dah sampai part last aku karang cerita ni. Adakah cerita ini benar2 berlaku?? Wallahua'lam..... Sampai sini saja aku mampu karang buat masa ni. Kalau ada masa aku sambung lagi cerita ni…

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com