28 October 2010

Rainbow Six Vegas 2



Ini kali pertama aku main siri Rainbow Six. Sebelum ni pernah main Ghost Recon aje. Vegas 2 adalah latest dalam siri tactical shooter ni walaupun sebenarnya dah keluar dua tahun lepas. Dari segi jalan cerita, aku tak tau la best ke tak pasal aku tak pernah main pun siri sebelum ni. Walaubagaimanapun dari segi kualiti grafik memang best. Rasa macam betul2 masuk dalam game tu. Tapi yg tak bestnya ialah grafik game ni ada problem sikit, kadang2 gambar pecah. Itu mungkin glitch, biasa la game pc.


Prepare for entry...

Korang bersama dua orang skuad menjalankan misi memburu pengganas..Antara tempat yg korang akan pergi ialah sekitar bandar vegas, convention centre, strip club, casino, penthouse, oil refinery dan banyak lagi. Suasana pemandangan kat tempat2 ni memang lawa dan kadang kala mengagumkan.

Mission last adalah paling susah sekali tapi sebenarnya takdelah susah mana pun. Aku rasa misi masa kat Nevada Desert lebih susah pasal korang hanya bergerak secara solo tanpa diiringi oleh team rainbow korang.


Gambar menunjukkan aku telah berjaya membunuh traitor dlm misi terakhir..

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com