17 September 2010

Lagenda budak sekolah

Kata pengantar

Salam mesra semua. Aku tengah berusaha menulis sebuah cerita (mungkin novel) yang bertajuk seperti di atas. Siri ini akan aku sambung selagi termampu. Aku tekankan bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata dan jangan tanya dari mana aku dapat idea nak tulis cerita ni. Segala salah silap harap dimaafkan...
Pagi itu Jin keseorangan sedang membaca komik di dalam dorm. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Pagi Ahad seperti ini memang membosankan.

Tiba-tiba kelihatan seorang pemuda kacak terpacul di depan pintu dorm. Riak mukanya menunjukkan dia baru bangun dari tidur. Dia adalah Mus. Perlahan-lahan Mus menghampiri Jin lalu bertanya, “Jin, pinjam komik?”.
“Aik, baru bangun tidur? Nanti kejap aku ambilkan komik untuk kau,” kata Jin lalu membuka pintu locker. Seketika kemudian Jin menghulurkan tiga buah komik kepada Mus yang duduk di hadapannya.
Dalam tempoh dua jam, Mus sudah habis membaca kesemua komik tersebut. Selepas itu, Mus terus ke tandas unutk mandi. Kira-kira setengah jam kemudian, Mus masuk kembali ke dorm Jin. Kali ini, Mus membaca komik lain pula. Jin hanya memerhati saja. Dalam hati Jin memang rimas betul. “Apalah Mus ni, tak nak duduk dorm dia ke?” kata Jin dalam hatinya. Kini, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Sekarang masa untuk makan tengahari. “Mus, jom pergi makan?” tanya Jin. Mus angguk saja. Lepas makan, Mus lepak dorm Jin semula dan terus tidur sampai pukul 4.00 petang.

Kira-kira pukul 4.00 petang, Mus tebangun. “Jin, dah makan ke belum?”. “Belum lagi,” jawab Jin. Kemudian mereka berdua turun menuju ke dewan makan untuk menikmati minum petang. Selepas minum petang, mereka menuju ke tepi padang. “Jin, jom pergi tengok budak memanah kejap,” kata Mus.
Kelihatan Hilmi, Asrif, Armi, Toy, dan Bagak sedang memanah sambil diperhatikan oleh cikgu Jamal. Mereka berada di situ selama 15 minit. “Mus, jom naik’” ajak Jin. Mus pandang Jin dan terus ikut Jin naik dorm. Selepas Asar, Jin dan Mus berpisah. Mus kena turun training basketball. “Eh, Jin! Jom turun kriket,” ajak Bonggol. “Kau turunlah, aku malas.” Balas Jin sambil merebahkan badan di katil Firdaus, budak Form 2.

Sementara itu di dorm sebelah yang ada pada ketika itu ialah Tombak, Berantai dan ramai lagi. Jin pun terus lepak dengan diorang. Tiba-tiba seorang budak comel dgn ketinggian kira-kira 5 kaki, Asfar terus baring di sebelah Jin. Ketika itu Jin sedang cuba nak tidur. “Aku nak tidur sebelah kau la, Jin!” cakap Asfar. Beberapa ketika kemudian Asfar terlelap.
“Eh, Jin! Tadi dengan Mus. Sekarang dengan Asfar pula,” kata Berantai dalam nada sinis. “Aah, Jin…gay la,” ejek Tombak. Jin buat-buat tidur je la masa tu. Malas nak layan kata-kata diorang tu.

Malam tu, lepas prep malam Mus datang dorm Jin. Jin dan Mus bersembang sampai terlelap. Mus tidur kat katil sebelah Jin. Keesokannya Mus akan pergi tournament basketball.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com