02 February 2011

Front Mission Evolved



Inilah game yg aku telah install sehari sebelum pc aku diserang virus masa awal bulan November 2010 yg lalu. Kini aku bermain semula game ni. Pada masa entry ni ditulis, aku baru sahaja menghabiskan game ni. Boleh tahan jugak la Front Mission Evolved ni. Aku tak tau kenapa aku baca review kat IGN, diorang kata game ni tak berapa bagus. Bagi peminat robot seperti aku memang menyukai game ni. Kalau tak, buat apa aku nak download game ni.



Cuma aku akui yg game ni agak straightforward dlm third person shooter. Mungkin takde pembaharuan dan kelainan dpt dirasakan pada game ni. Manakala bila lawan bos musuh pula kadang2 terlalu sukar. Rasa macam menyampah pun ada. Tapi apa pun, bagi aku game ni tetap menarik. Inilah game yg perlu dimainkan oleh para peminat siri Gundam, Fullmetal Panic, Code Geass dan sepertinya kerana dlm game ni ada mecha, mecha, mecha.



Lagipun dlm game ni ada dua orang karakter perempuan yg cun abis! hehehehe...

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com