15 February 2011
Civilization V
Hari pertama aku install game ni, aku dah main selama lima jam tanpa henti. Inilah game yg berpotensi utk menyebabkan aku tidur pukul 3.00 pagi setiap hari. Bagi sesiapa yg pernah main siri Civilization pasti tahu tentang apa yg aku maksudkan kat sini. Apabila korang dah mula bermain game ni, korang tak akan nak berhenti langsung.
Ini adalah siri terbaik bagi peminat game turn based strategy selain drpd siri Total War. Dlm game ni, korang akan membangunkan sebuah tamadun manusia bermula drpd zaman kuno sehingga zaman moden. Kalau siri Total War adalah lebih fokus kpd peperangan, siri Civilization pula lebih fokus kpd pembangunan bandar.
Namun itu tidak bererti bahawa dlm Civilization tiada peperangan. Peperangan ada, tapi tak sekompleks seperti Total War. Ringkas tapi menarik. Peperangan antara empayar dpt dirasakan besar apabila melihat bala tentera berselerakan di atas landskap. Game ni juga boleh dimainkan berulang-ulang kali. Korang ada banyak pilihan utk memilih tamadun dan setiap tamadun mempunyai pemimpin tersendiri. Bila dah habis main satu tamadun, korang boleh cuba tamadun lain pulak dgn map berlainan kalau nak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment