22 February 2011

Warhammer 40k Dawn of War II



Satu bulan berlalu lagi, akhirnya aku berjaya menghabiskan game Dawn of War II ni berserta stand-alone expansion nya iaitu Chaos Rising. Sebenarnya aku download game ni drpd bulan Ogos tahun lepas, tapi belum berkesempatan nak main. Sementara menunggu expansion seterusnya iaitu Warhammer 40k Dawn of War II: Retribution yg akan keluar pada 1 Mac 2011 ni, maka aku mengambil keputusan utk menghabiskan dulu game ni.

Perbezaan antara game ni dgn RTS yg lain ialah dlm game ni korang tak perlu membina base dan collect resource. Korang hanya perlu memilih 4 skuad sahaja, antara 6-11 orang utk setiap mission. Maknanya bilangan pihak musuh akan sentiasa 'outnumbered' pasukan korang. Tapi jgn risau kalau ramai ahli skuad korang yg terbunuh, sbb korang boleh ambil squad reinforcement apabila capture bangunan strategik ataupun beacon.

Selain itu, skuad korang akan sentiasa berkembang melalui experience yg mana membolehkan korang increase kekuatan dan unlock trait. Selain itu sepanjang mission, korang juga boleh mengutip banyak wargear utk digunakan pada mission seterusnya. Setiap wargear pula mempunyai kelebihan tersendiri dan bukan semua ahli boleh memakai wargear yg sama.




Ini memang game strategi yg menarik. Ketika mara ke arah musuh, korang perlu menyusun pasukan mengikut kekuatan mereka. Tentunya korang perlu meletakkan Heavy gunner (skuad Avitus) di barisan hadapan sekali kerana senjata mereka ni yg berkebolehan utk suppress infantry musuh. Kemudian barulah korang boleh hantar melee fighter seperti Force Commander atau Assault marine (skuad Thaddeus) utk menghapuskan saki-baki musuh yg telah lemah. Setiap org ada cara dan strategi sendiri dlm bermain game. Apa pun, game ni berbeza drpd game spt Starcraft atau General. Korang kena sentiasa mara ke hadapan dan retreat bila kalah teruk sahaja. Kalau korang fikir utk bersabar dan menunggu kekuatan korang mencukupi, bermakna korang hanya menunggu kekalahan. Always remember: Strike first or you will die first.

1 comment:

http://www.emailcashpro.com