Selepas HR manager gagal memujuk aku utk kekal, kali ni dia tukar taktik lain pulak iaitu meminta GM panggil dan nasihatkan aku. Aku cakap kpd GM bahawa aku tetap dgn pendirian aku utk berhenti. Kali ini aku beritahu terus semua sebab2 aku nak berhenti termasuk la benda2 yg dia sendiri tak pernah tahu berlaku dan pernah berlaku dlm company selama ini.
Aku ceritakan semua penipuan yg dilakukan oleh HR, dan janji2 manis yg hanya omong kosong belaka. Aku sedar yg mungkin GM takkan berpihak kpd aku sbb dia ada sedikit share dlm company. Tapi apa yg aku harapkan ialah supaya dia tahu apa sebenarnya yg berlaku dan kenapa ramai sangat org yg keluar cabut lari drpd company tu. Aku nak dia tahu style company aku yg suka buat keje 'alibaba'.
GM aku pun takde la minta aku supaya kekal. Dia cuma cakap nak pastikan supaya aku buat keputusan yg betul. Suka hati la. Hati aku dah takde kat company tu. Nak kerja dah takde 'feel' lagi dah. Rasa kosong. Buat apa aku nak kekal kalau aku dah takde perasaan nak keje kat situ lagi? Baik aku pegi tempat lain dan mulakan kehidupan baru.
Diorang dah desperate sangat sebenarnya. Pasal kebanyakan org2 penting2 dah letak jawatan. Dah takde org nak berhubung dgn jabatan kerajaan, takde org nak arrange dgn third party, takde org nak buat inspection, kalau projek sangkut, company mati la tak dpt payment. Itulah, siapa suruh korang layan kitorang semua macam sampah? Kan skg ni kitorang dah pulangkan semua tu kat korang balik. Bloody Hell!!!... Best gila tengok muka top2 management pada masa ni. Pucat muka masing2. Hahahahaa.....
Dua minggu lepas masa MD aku buat party hari jadi kat ofis dia, takde sorang pun budak2 department aku yg dijemput. Tapi org2 lain yg tak penting boleh la pulak dijemput hadir. Semua pengipas2, kaki bodek, dan budak2 pompuan diorg jemput. Kitorang yg buat keje2 penting ni disisihkan. Bukan la kitorang nak sangat makan kek tu, tapi at least bagi la invitation. Dia tak nampak ke kitorang kat sini? Rasa macam halimunan pulak.
Masa minta naikkan gaji, company cakap takde duit. Tapi boleh pulak beli kamera CCTV banyak2 pastu siap pasang sebijik kat dlm ofis department aku. Apa kejadahnya pasang CCTV dlm ofis QA/QC? Ingat kitorang ni tidur waktu keje ke? Ingat kitorang nak buat aktiviti terlarang dlm ofis? Ofis kitorang bukannya penjara nak letak CCTV. Ini semua benda2 yg mendatangkan kemarahan kitorang.
Banyak betul kerenah birokrasi kat sini. Ramai org yg ada perasaan hasad dengki. Bila berdepan tunjuk baik. Bila kat belakang, menikam kawan sendiri.Bila org ni naik, org sana tanya. Macam mana org ni boleh naik? Apa kelebihan dia? Sedar la diri tu sikit. Bukan semua org dpt naik sbb kipas bos. Ada yg keje rajin. Kalau nak naik, kenalah berusaha tingkatkan prestasi keje sendiri.
Aku pakai baju kemeja pegi keje pun ada org yg boleh persoalkan. Aku selalu sangat buat keje2 inspector pastu pakai T-shirt buruk company setiap hari, sampaikan diorang semua ingat aku ni sama taraf dgn diorang. Biarlah, aku tak kisah pun. Aku keje kat sini gaji rendah tapi tak lama kemudian aku dpt tawaran keje kat tempat lain. Korang yg dengki2 tu duduk la kat situ sampai pencen. Lima tahun lagi gaji aku tiga kali ganda lebih tinggi drpd korang semua.
No comments:
Post a Comment