01 June 2011

Rundingan, Pujukan dan Prinsip

Petang tadi HR manager telah memanggil aku utk bertanyakan sebab2 aku nak berhenti dan ingin berunding supaya aku terus kekal dlm company skg ni. Biasalah main wayang camni bila org nak berhenti. Aku takde la menyebut duit sbg sebab utama aku nak berhenti, cuma aku menyebut aku nak berhenti sbb aku dpt keja company dekat dgn hometown aku.

Kalau nak sebut sebab2 kenapa aku nak berhenti, aku boleh senaraikan seratus sebab. Banyak tu. Tapi itulah hakikatnya. Diorang ni kena diajar sikit. Kalau tak, asyik naik mainkan org lain je. Bukanlah aku katakan tempat lain lebih bagus environment-nya, tapi nasib la. Mungkin lebih baik, mungkin lebih teruk. Life goes on.


Buat apa diorang bagi aku pangkat tinggi2, suruh buat kerja2 penting, deal dgn org2 penting, tapi bagi gaji kerani? Masa ni la baru nak cakap, "I baru nak adjust gaji you bulan ni, you tak ingat ke dulu I pernah cakap nak adjust gaji you masa bulan Jun?". Konek la, kau tak pernah pun cakap camtu. Aku ni bukannya pelupa. Kau tu yg pembohong, putar alam, tak payah la nak pusing2 cerita. Budak2 boleh la kena tipu. Mentang2 la aku ni senyap, management asyik nak buli aku je.

Masa ni la baru diorang tahu penting atau tak kewujudan aku kat company tu. Memang la company aku boleh amik org baru, tapi aku berani jamin takde siapa pun yg boleh tahan lama kalau keja kat situ. Bos aku tu pun boleh tahan 7 bulan pasal aku dgn bro draftmen tu banyak support dia. Kalau tak, jadi macam factory manager aku tahun lepas la. Keja sebulan pastu cabut lari.

Diorang tak sedar ke kat company aku ni bos aku sorang je yg kuat dari segi engineering dan teknikal? Kalau bos aku cabut, siapa nak buat design calculation dan sbgnya? Sebenarnya diorang masih boleh harapkan aku utk buat kerja2 teknikal dan liaise dgn local authority. Tapi masalahnya aku pun nak blah. Kelam kabut la jadinya. Lagipun bukan senang nak dpt org baru skg ni. Ramai yg demand minta gaji tinggi2. Polisi company aku pulak ialah you kerja lebih, kita bagi you kurang. Kalau you minta murah lagi bagus.

HR aku siap boleh tanya lagi berapa harga aku nak, nanti dia boleh bagitau kpd MD. Sudah la. Kalau bagi double pun aku taknak. Tahun lepas aku dah pernah resign sekali, tapi aku tarik balik. Ini kali kedua aku resign. Aku dah nekad nak keluar terus. Aku dah janji dgn bakal bos aku yg aku nak join company dia 13 Jun ni. Janji aku akan dikotakan, bukan macam janji HR company aku skg ni. Manis saja, tapi kosong. Bila aku berhenti 10hb ni, bermakna aku adalah org ke-17 yg berhenti pada tahun ni. Bayangkan berapa ramai dah org yg berhenti tahun ni? Kebanyakannya lari tanpa bagi notis berhenti. Baru bulan Jun dah ada 17 orang berhenti. Patutlah ada banyak vacancy kat kilang aku ni.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Ini semua ujian drpd tuhan. Barulah aku sedar semuanya. Selama ini aku asyik pandang yg negatif je. Kali ni aku nak berfikiran positif. Mungkin betul ada org kata, tuhan bagi aku rezeki banyak ni sbb aku perlukan banyak ni je (utk kehidupan aku buat masa ni). Kalau aku dah kahwin, tuhan akan bagi lebih rezeki kerana itu adalah barakah disebabkan aku mendirikan rumah tangga dan aku memerlukan lebih utk menampung keluarga. Apa pun, tuhan lebih mengetahui. Kalau ada rezeki lebih, aku akan bersyukur.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com