30 May 2011
Aku officially resign pada hari ini...
Yes!!!... Akhirnya tercapai jugak impian aku utk mengikut jejak langkah mereka2 yg telah bebas. Aku berasa sangat lega dan menantikan saat-saat ini. Aku dah serahkan resign letter aku kepada HR assistant sbb hari ni dan esok HR Manager company aku on leave. Lepas tu mungkin sambung cuti lagi tiga hari kerana kena heart attack. Pasal bukan aku seorang je nak berhenti. Ada tiga orang kesemuanya termasuklah QA/QC manager pun dah bagi notis.
Padan muka diorang, rasakan macam mana kitorang pulak mainkan diorang kali ni. Baru diorang tahu langit tu tinggi ke rendah? Bukanlah aku kejam. Tapi Manager aku bagitau, kalau nak berhenti biar satu department berhenti. Aku dah dapat kerja baru, kawan aku si QC tu pulak pegi plant shutdown selama 3 bulan. Manager aku ada bisnes sendiri dlm bidang ni jugak. Takde hal la nak berhenti pun.
Salah satu sebab aku nak berhenti ialah kerana aku dapat kerja dekat dgn hometown aku. Dalam 30 minit perjalanan je. Kalau jem adalah sejam perjalanan. Tapi berbaloi la duduk rumah. Tak perlu bayar sewa, makan malam tak perlu masak sendiri. Lagipun aku banyak keluar pergi kerja kat site, buat apa nak sewa rumah. Gaji basic tambah Rm300, ada elaun Rm350 pastu ada claim mileage lagi. Lepas confirmation, mungkin akan tambah lagi gaji basic ikut prestasi kerja aku. Aku rasa okay kot. Pasni aku nak kerja bersungguh-sungguh. Tahun depan aku nak apply company lain pulak. Tambah lagi Rm650. Lepas lima tahun gaji aku cecah la Rm 8000. Tinggi gila harapan aku. hahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment