Cilaka la company aku skg ni! Minggu lepas aku dah bagitau nak berhenti 10 Jun ni, boleh lak hari ni diorang suruh extend lagi seminggu. Aku dah inform dekat bos baru aku minggu lepas yg aku dah setelkan kat sini pasal aku nak blah awal, company aku skg ni takde lak cakap apa2 masa minggu lepas. Tiba2 lak petang tadi HR manager aku panggil minta aku extend seminggu pasal mggu depan ada QC baru masuk, jadi dia nak aku hand over semua kerja aku kat budak baru tu.
Kerja apa aku nak kena hand over? Takkan la company amik budak yg tak reti buat kerja? Nak suruh aku ajar? Pegi la mampus! Entah2 company bayar budak tu gaji lagi banyak drpd aku, pastu nak suruh aku guide dia. Jangan harap la! Aku kat sini pun dah banyak tolong orang, tolong company. Sepatutnya member aku yg berhenti tu la yg kena hand over semua kerja dia, bukannya aku. Dia cabut lari pun, aku yg jadi pemangku buat kerja2 dia skg ni.
Aku dah mula fikir nak berambus drpd situ. Biarlah tak dapat gaji bulan ni pun. Sial la diorang ni. Drpd aku mula kerja kat sini sampai la skg ni, tak habis2 nak mainkan aku. Inilah namanya tak mengenang budi. Aku dah tender surat berhenti baik2, tapi diorang tetap nak cuba tahan aku kat situ selama yg mungkin. Baik aku cabut lari je macam QC Manager aku buat masa bulan lepas.
Memang la aku bagi notis tak cukup sebulan. Tapi penting sangat ke nak cukupkan sebulan? Sebab aku sorang je yg masih tinggal? Sebab aku sorang je yg boleh cover kerja2 mustahak yg kawan sekerja aku tinggalkan? Bila keadaan dah kritikal, masa ni la baru company nak berfikir secara waras? Kenapa sebelum ni diorang layan aku macam sampah? Selama ni pernah ke diorang fikir tentang aku, perasaan aku?
Diorang belum tahu lagi. Selepas aku keluar minggu ni, ada seorang lagi yg akan turut serta meninggalkan company. Dan dia adalah antara org lama dlm company tu. Itu belum campur lagi budak2 lain yg kebanyakannya dah mula nak bereformasi. Memang punah la company aku lepas ni. Aku takde la berharap agar company aku tu lingkup, tapi aku berharap agar diorang berasa susah sikit la bila kitorang semua dah takde. Barulah diorang akan sedar kesilapan yg diorang lakukan selama ni. Selama ni diorang angkuh sebab bila ada org nak berhenti, masih ada org yg akan cover sebelum org baru masuk.
Diorang kena ingat yg kitorang ni semua dah dikategorikan sbg teraniaya. Kalau cukup 40 orang yg menyumpah company tu, tunggu aje la akibatnya. Semua tu kerja tuhan. Tuhan je yg layak utk mengadilinya.
No comments:
Post a Comment