30 July 2011

Fallout New Vegas : Honest Hearts


Ini adalah DLC kedua utk game Fallout New Vegas selepas Dead Money. Pengembaraan bermula apabila korang menerima signal yg menjemput korang utk menyertai rombongan sebuah trading company ke pergunungan Zion. Malangnya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kawasan tersebut, rombongan tersebut telah diserang oleh sekumpulan penduduk setempat yg boleh dikira sbg orang asli. Hanya korang shj yg terselamat manakala keesemua peserta rombongan terbunuh. Kini terserah kpd korang utk mencari jalan pulang ke Mojave.

Dlm pengembaraan kali ni korang akan bertemu dgn The Mysterious Burned Man dan berpeluang utk menyelongkar kisah silam beliau. Korang juga perlu menyelesaikan konflik antara puak yg berlaku di kawasan tersebut.

Selain drpd grafik yg memang 'stunning', aku rasa takde apa yg best sangat pun dlm DLC Honest Hearts ni. Bagi aku DLC Dead Money lebih menarik walaupun suasana ia yg agak gelap. Terpulang kpd individu utk menilai. Pasni aku nak sambung main DLC ketiga pula iaitu Old World Blues.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com