23 July 2011
Second life...
Umpama mati hidup semula. Itulah perkataan yg paling sesuai bagi menggambarkan keadaan laptop aku skang ni. Selepas diwar-warkan jahanam pada bulan Mei yg lalu
2011/05/tamatlah-riwayat.html, nampaknya laptop aku berjaya dihidupkan semula. Itupun setelah melakukan berpuluh kali percubaan. Berkat kesabaran yg tinggi, akhirnya berjaya juga laptop aku menyala semula. Thomas Edison masa nak cipta mentol dulu pun buat sampai seribu kali percubaan. Inikan pula aku mesti la kena berusaha gigih.
Nasib baik la hari tu aku tak reformat hardisk laptop tu. Aku cuma scan virus kat pc satu lagi je. Lepas dah buang semua virus, itu yg aku terfikir nak hidupkan balik laptop tu. Bila dah boleh hidup, aku bawa laptop tu balik Johor. Ingatkan nak study kursus topup masa outstation. Tapi tak sempat. Nasib baik tak study. Kalau study pun tak boleh jawab exam, banyak kosong je. huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment