01 May 2011

Tamatlah riwayat...

Dengan ini berakhirlah sudah riwayat laptop aku. Aku cuba nak format balik laptop tersebut, tapi terus tak boleh on lagi dah. Aku rasa mainboard dia dah rosak terus la. Agak menyedihkan jugak la pasal laptop ni menyimpan banyak nilai sentimental kpd kehidupan aku. Aku akan terus menyimpan laptop ni kat bilik aku sbg tanda kenangan abadi.



Nasib baik hard disk dia boleh pakai lagi. Aku cadang nak beli casing baru, jadikan external hard disk. Bermakna aku sekarang dah ada empat external hard disk, dua IDE 80gb & 160gb dan dua SATA 160gb & 500gb. Apa yg bagusnya ialah walaupun aku ada empat external hard disk dgn kapasiti lebih kurang 900gb, namun tidak ada satu pun Maria Ozawa boleh dijumpai di dlm kesemua external hard disk aku tu. 本当でそれです?

Dulu masa study, aku pun tak tau camne boleh ada benda camtu kat dlm external hard disk aku. Pasal member2 selalu pinjam hard disk aku, mungkin itu yg boleh termasuk Maria Ozawa dlm hard disk aku. Pastu pegi hiddenkan pulak benda tu, itu pasal la aku nak delete tapi tak jumpa.

Maka dgn ini aku pun akan fikirkan apa aku nak buat agaknya dgn hard disk 160gb aku ni? Nak simpan anime jepun yg aku burn dlm cd dulu ke? Mungkin...

2 comments:

  1. hahaha..buto la x tau sape letak maria ozawa..ko kan jerung harimau..tokan blue..xcaye tanye azmi..hahaha

    ReplyDelete