05 May 2011
Dead Money
Dead Money merupakan Downloadable Content (DLC) pertama utk game Fallout:New Vegas. Apabila korang install dan load Dead Money DLC ni, maka cap level korang akan dinaikkan sebanyak 10 level. Jika korang dah habis main New Vegas, Dead Money boleh dimasuki melalui save korang yg terakhir sebelum tamat main story New Vegas.
Korang dikehendaki merekrut 3 org pembantu bagi melakukan serangan ke atas casino Sierra Madre. Hati2 sbb kawasan Sierra Madre ni ada banyak bahaya dan perangkap yg tidak diduga.
Manakala makhluk ghost yg pakai topeng muka ni bukan mudah utk ditumpaskan. Korang kena pakai senjata yg betul baru boleh hapuskan makhluk ni, itupun agak susah jugak la. Lari je senang! Sebab makhluk ni pun jalan macam zombi, tak cukup laju nak kejar korang.
Banyaknya harta karun kat Sierra Madre ni. Korang boleh bawak balik emas2 tu, tapi hanya beberapa ketul shj pasal tak larat nak angkat semuanya.
Baru je habis main first DLC. Pasni ada tiga lagi DLC akan keluar iaitu Honest Heart (17 May), Old World Blues (June) dan Lonesome Road (July). Harap2 hebat juga jalan ceritanya macam Dead Money ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment