12 May 2011
Portal 2
Release date: 19th April 2011
Developer: Valve
Hard disk space required: 11 GB
Calon bagi game terbaik tahun ini? haha.. mungkin kot. Aku pun baru first time main game ni. Menarik jugak la. Terus terang aku bagitau kat sini bahawa game ini memang agak susah. Tapi aku berjaya menyelesaikan setiap puzzle dlm game ni tanpa menggunakan apa-apa bantuan pun. Walaupun susah, tapi puzzle yg dikemukakan masih munasabah. Cuma kena perah otak sikit je bagi menyelesaikannya.
Korang kena gunakan kebijaksanaan utk menyelesaikan setiap puzzle yg diberikan.Jadi lepas selesaikan setiap puzzle, memang terasa puas hati la. Rasa macam genius pun ada. Mula2 korang kena lalui beberapa test chamber terlebih dahulu. Kemudian korang akan menempuhi kawasan loji yg dipenuhi oleh tangki besar, silo dan paip2. Bila sampai kat sini yg mencabarnya. Last sekali korang akan lawan dgn bos, tapi aku rasa tak susah mana pun pertarungan tu.
System requirement tak tinggi mana pun. Pentium IV boleh run lagi kot, tapi grafik kad kena at least 256mb dan support shader 3.0.
Review Portal 2 di IGN.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment