16 May 2011

Kita di Malaysia pun gembira...


Masih segar lagi menghayati kejayaan Manchester Utd merangkul gelaran juara liga Barclay. Pagi tadi aku dapat satu panggilan invitation utk temuduga drpd sebuah company oil & gas di Selangor. Inilah kali pertama aku berjaya secure satu temuduga yg aku apply kat website Jobstreet. Selalunya memang susah nak dapat terutamanya kalau company oil & gas. Bayangkanlah yg submit application kpd company tu je ada seramai 1785 orang kesemuanya. Aku hampir2 tak percaya yg aku merupakan salah seorang yg di'short-list'kan. Alah, baru panggil interview je, belum dpt lagi pun.


Aku memang nak keluar drpd kilang aku skg ni. Parent aku banyak kali tanya bila lagi aku nak cari tempat lain. Sampai bila nak keja kat situ? Adik pompuan aku yg baru keja 6 bulan kat Cheras hari tu pun, skg ni dah masuk company lain jadi Quality Engineer. Itu yg aku apply jugak kerja lain tu. Sampaikan bulan Mac hari tu, emak aku ajak aku pegi Karnival Kerjaya BN kat PWTC. Sebabnya adik pompuan aku tu nak cari kerja lain. Pastu parent aku dgn adik bongsu aku pulak ikut sekali pegi sana. Layan je la.

Aku cakap nak buka bisnes sendiri, parent aku kata jangan lagi. Kerja makan gaji dulu, cari pengalaman. Minggu lepas aku ikut bos aku pegi sebuah company third party yg buat servis utk bidang oil & gas, atas urusan kerja. Dia tanya aku samada aku nak keja company 3rd party tak? Pasal member dia tu tgh setup company, jadi nak pakai orang. 3rd party ni keja banyak travel selalunya pegi kilang2, plant shutdown, dan juga offshore utk buat inspection. Aku kata kalau ada okay jugak.

Pastu bos aku tu pegi cakap kat member dia tu yg aku nak masuk 3rd party. Jadi aku pun kena soal selidik kat situ jugak le. Apa jawatan kau skg? Dulu belajar kat mana? Apa mesin2 yg ada kat universiti ko dulu? Termenung sejenak aku fikir soalan pasal mesin tu, aku pun sebut la mesin CNC. Itu je yg aku sempat aku fikir. "Lain, lain," kata member bos aku tu. Aku pun cakap, "Mesin UTM". "Ha? Mesin UTM? Apa benda tu?" tanya member bos aku tu. "Universal Tensile Machine," jawab aku. "Ha...itulah benda yg encik ni nak dengar,"sampuk bos aku. Member dia pun ketawa. Dalam hati aku pun fikir aku dah berjaya memberi impression yg baik.

"Lagi, lagi, apa cert yg kau ada?"tanya dia kpd aku. Tak puas hati lagi nampaknya dia. "CSWIP ke, 3.1? 3.2?" sambung dia lagi. "Cert tu saya takde lagi encik,"jawab aku. "Macam mana nak keja 3rd party kalau takde cert?" kata dia tersenyum. "Pegi ambik cert dulu la, baru boleh bincang balik" tambah dia lagi. Aku dah agak pengakhirannya memang camtu. Biasanya company 3rd party memang nak tengok cert dulu, baru experience. Ramai orang boleh buat welding inspection, boleh baca RT film, tapi kelayakan bertulis tu yg penting sebenarnya. Nak ambik cert bukannya murah. Nak amik cert 3.1 pun makan enam hingga tujuh ribu ringgit, aku 3.0 pun belum ada lagi.

Takde kabel pun susah, ada kabel pun tak boleh nak guna pulak. Aku pun harapkan experience je la nak letak dlm resume aku. Kalau nak letak cert memang takde la nak tunjuk. Experience pun tak cukup tiga tahun, tapi rezeki tuhan yg bagi kan?. Ada rezeki, ada la company yg nak ambik aku. Aku boleh buat QA/QC, boleh buat design lagi tu. Banyak tempat aku boleh pegi sebenarnya, pasal bidang QA/QC ni boleh dikatakan kat semua tempat sama 'job scope'nya. Tapi, aku sayang nak tinggalkan bidang oil & gas ni. Pointer aku masa graduasi dulu pun 2.96 je, tak lepas tiga pun. Tapi aku bernasib baik dpt masuk bidang ni walaupun kerja kat kilang yg takdelah besar mana pun. Orang lain berebut-rebut nak masuk bidang ni, tapi takde peluang. Takkan aku nak blah pulak? Ini kerja yg aku suka. Motivasi aku bukan duit, tapi adalah keja2 yg melibatkan welding, materials dan solid mechanic, ASME design dan AutoCAD, vessels dan benda2 mekanikal. Aku sukakan kerja aku, dan inilah yg paling utama.

1 comment:

http://www.emailcashpro.com