25 February 2012

25 Februari aku pulang...

Hari ni aku balik Kajang setelah lebih kurang sebulan bermastautin kat Nusajaya ni. Sebenarnya aku tak nak balik selagi projek tak habis, tapi bos aku suruh aku masuk ofis pagi isnin nanti. Disebabkan dia baru saja menaikkan gaji aku (iaitu kenaikan kali kedua sejak lapan bulan aku kerja kat company ni), maka aku pun tak kisah la kena balik KL ni.

Aku nak balik petang semalam tapi bos aku cakap pagi sabtu ada lori dtg nak hantar paip. Jadi dia nak aku handle benda ni maka aku kena la balik hari sabtu. Selepas menghambakan diri mengangkat paip bersama-sama para pekerja aku, maka aku pun bertolak pulang pada sebelah tengahari.




Sampai kat rumah, aku bagitau mak aku yg kereta ada problem ekzos. Petang tadi jugak ayah aku suruh pegi cek kat kedai ekzos di pekan. Setelah dikenalpasti masalahnya, maka aku pun perlu menggantikan ekzos baru. Melayang 230 ringgit aku. Aku rasa skang ni dah seribu lebih aku habiskan utk repair kereta semenjak bulan September yg lepas.

Rasa macam nak tukar kereta baru tetapi apabila memikirkan ansuran bulanan yg perlu dibayar, maka aku lupakan saja hasrat tersebut. Kereta yg aku pakai skg ni pun ayah aku dah bagi terus kat aku. Dah abis bayar dua tahun lepas pun, jadi aku cuma kena keluar duit maintenance je la. Walaupun kereta aku tak cukup power, tapi aku rasa okay kot buat masa ni. Sebab kereta aku ni dah jadi serupa macam kereta company kena angkut pekerja, barang kerja dll. Aku lebih rela tak beli kereta baru drpd kereta baru aku dijadikan kereta company.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com