23 February 2012

Game addiction

Berapa banyak game yg telah menjadikan aku addict selama ini. Kalau ikutkan mmg banyak, tapi aku senaraikan top three je kali ni...

Civilization

Kalau boleh aku nak letak sekali Civilization IV : Colonization pasal itu game yg aku mainkan sepanjang malam selama 5 bulan masa aku menganggur tahun 2009 dulu. Tapi apa kurangnya game Civ V ni. Masa mula2 install game ni pada tahun 2010 dulu, aku dah habiskan 5 jam yg berharga dlm hidup aku. Game ni terus menghantui aku sepanjang cuti tahun baru cina yg lalu. Aku ambil masa 4 hari utk menangkan game ni, main 2 civilization, tidur pukul 5 pagi, wah! Memang berhantu game ni.

Football Manager

Game paling mengasyikan aku pernah main sepanjang hidup aku. Sejak Football Manager 2008 sampai 2011, aku telah menghabiskan berbulan-bulan masa berharga aku semenjak zaman study utk game ni. Walaupun jadi manager sekadar fantasi, namun bebaloi jugak main game ni sebenarnya kerana kepuasan yg kita dpt tiada taranya. Membina pasukan drpd liga bawahan dan menjadi juara champions league sampai tiga season berturut-turut. Alex Ferguson pun takleh buat camtu. hohohoh..

Total War

Siri Total War ada banyak. Yang terbaru aku main ialah Shogun 2. Tapi merasuk kejap je pasal aku tak dpt habiskan masa cuti bulan lepas. Total War Rome dan Barbarian Invasion adalah antara game yg aku akan ingati. Kerana inilah game yg mana aku habiskan kesemua penjelajahan sampai dah takde wilayah aku nak tawan lagi dah. Aku pernah reviewkan perjalanan game aku kat blog ni pada tahun 2008 yg lalu...
http://ajimdisini.blogspot.com/2008/07/total-war-barbarian-invasion-part-1.html
http://ajimdisini.blogspot.com/2008/07/total-war-barbarian-invasion-part-2.html

http://ajimdisini.blogspot.com/2008/08/total-war-barbarian-invasion-part-3.html

Kalau korang perasan semua game strategi/simulasi je yg ada kat atas tadi. Dah itu je game yg aku suka. Lain kali aku story lak game lain yg aku addict dr kategori RPG dan action. ok.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com