Sejak akhir2 ni fikiran aku mula terganggu. Sejarah lama kembali menghantui kehidupan aku. Betapa rindunya aku nak balik ke Kuala Lumpur sampaikan aku fikir tak sanggup lg nak duduk lama2 kat Johor Bharu ni. Apakan daya kerja aku kat sini belum selesai lg.
Sebenarnya fikiran aku terganggu bukan sebab aku rindukan hometown aku, tapi kerana seorg perempuan yg aku jumpa kat sini. Memang aku tak biasa dgn perempuan, tapi bukan bermaksud aku tak pernah cakap dgn perempuan. Masa aku kerja kat Rawang dulu, selalu je aku lepak dan bersembang dgn perempuan, bujang2 kebanyakannya tu. Tapi aku biasa je, hubungan sekadar rakan sekerja je.
Tapi kat site JB ni, ada seorg gadis tu yg selalu senyum bila nampak aku. Dan bila aku renung mata dia, dia pun akan buat benda sama. akhirnya aku yg terpaksa mengalah. Itu yg buat aku serba salah. Kadang2 aku sendiri pun malu nak berdepan dgn dia. Aku tau senyum itu sedekah. Kalau makcik2 yg selalu senyum kat aku tu biasalah. Tapi kalau gadis2, sepanjang kehidupan aku setakat ni boleh kira dgn jari je la. Ada dlm tiga atau empat org je kot.
Kenapa dia buat camtu kat aku ha? Kelmarin masa aku keluar drpd site dlm pukul 5.30ptg aku nampak dia tgh menunggu dlm kereta dia. Masa aku lalu depan kereta dia, aku just pandang dia dari luar. Aku nampak dia senyum kat aku. Dan entah kenapa secara tiba2 kaki aku melangkah terus ke kereta dia. Aku nampak dia terkejut dgn tindakan aku.Jadi, bila aku dah ada kat sebelah pintu kereta, dia pun turunkan tingkap. Aku tanya dia soalan bodoh macam dah nak balik ke?, rumah kat mana?, dan apa lg soalan spontan yg aku tak ingat. Dia jawab soalan aku dlm keadaan malu, mungkin serba salah takut org lain nampak aku tgh cakap dgn dia.
Lepas tu aku blah dan masuk dlm kereta aku. Lepas masuk dlm kereta, barulah aku tersedar. What the fuck apa yg aku buat tadi? Aku tak percaya langsung yg aku berani jadi muka tebal nak mengorat budak perempuan tu kat tempat parking kereta. Ianya berlaku dlm keadaan spontan. Secara tiba2 aku ada kekuatan utk menegur gadis tu dan sebenarnya aku berasa lega sebab dia layan aku. Kalau tak, buat malu aku je, confirm aku terus balik KL lepas tu tak nak keje sini lg dah.
Teringat kenangan lama masa study dulu. Ada sorang perempuan ni, yg aku secara tak sengaja renung muka dia masa satu program kat Terengganu dulu. Masa tu kat meja makan, dia tengah pandang bawah. Masa dia angkat wajah dia, terus bertentang mata dgn aku. Dlm masa beberapa saat aku kaku kat situ masa tu, dia pulak pandang bawah balik mungkin malu bila aku tengok dia camtu. Secara jujurnya aku tak sengaja nak buat begitu.
Aku tak nak dia salah faham dan aku nak minta maaf kat dia, tapi aku tak berani. Aku pun tak ingat camne aku boleh suka kat gadis tu. Tapi yg aku tau aku sukakan dia sbb dia selalu senyum bila nampak aku. Dialah perempuan pertama yg aku suka. Walaupun aku tak pernah bercakap atau bertegur sapa dgn dia, tapi gadis tu tahu aku suka kat dia. Aku tak tau la dia ada perasaan kat aku atau tak. Dua kali aku naik bas yg sama dgn dia masa nak balik KL utk raya aidilfitri. Semua berlaku secara kebetulan, mungkin perkataan kebetulan tu boleh digantikan dgn sudah tertulis di atas langit semua tu akan berlaku. Last sekali aku tau yg dia dah ada boyfriend, sebab tu aku malas nak layan sgt dah. Tapi aku still rasa menyesal sebab tak pernah langsung bertegur-sapa dgn dia sepanjang zaman study dulu. At least, aku dgn dia boleh jadi kawan. Nak buat camne kan, itu semua dah berlalu. Masa bukan boleh berundur semula.
Berbalik kpd cerita asal. Kenapalah selalu jadi camni. Tak sangka aku boleh jatuh hati dgn seseorang kat selatan tanah air ni. Camne ha? Aku nak teruskan ke atau nak lupakan saja apa yg telah berlaku. Lagi seminggu dua bila aku dah habis kerja kat sini dan balik KL, for sure aku tak dpt jumpa dia lg. Adakah aku harus terus berpegang kpd kata2 bahawa mencintai tidak semestinya memiliki. Aku tawakal je la. Kalau ada jodoh baguslah, tak payah la aku ikut target aku nak tunggu sampai umur 30 baru nak kahwin. Bak kata bekas housemate aku dulu, takkan nak menggoncang sampai ke tua. Kepala hotak. Kalau kahwin setakat nak benda tu, baik aku one night stand je. Astaga, hahaha. Aku nak kena fikir pasal duit lagi, komitmen lagi, macam2. Camni aku kahwin dgn org Jepun je la, save duit hantaran.
forever united jer...jgn forever alone
ReplyDeleteby the way,aku bekas housemate kau yang paling alim dan paling kacak
ReplyDeletekalo btol2 berhajat try je jim.. johor kl bkn jauh pn.. hehehe.. dpt ke tak blakang cte.. atleast kte berusaha.. but in proper way la k..
ReplyDeletetq jen. Itu yg aku fikir nak try ke tak. Papehal pun aku sebenarnya dah ada kabel. siapa kata nak kerja saje kena ada kabel, cari jodoh pun kena ada kabel gak. Ada seorg hamba Allah yg aku kenal kat Rawang dulu ni adalah lecturer universiti terkemuka. Dia bgtau aku yg dia ada banyak stok utk aku kalau aku nak. Lecturer ada, student pun ada. Depa ni semua nak kawin atau sdg mencari pasangan so kalau nak boleh mintak dia tlong rekemen. Macam2 bentuk ada, besar, kecik, epal, pear, tembikai, pilih aje. Tapi aku xde la desperate sgt skg ni. Tengok la nanti, kalau air dah naik sampai kepala, aku xde choice lain pakai kabel je la. hehehe....
ReplyDelete