Semalam aku dikejutkan dgn berita bahawa bekas rakan sekerja aku telah pergi menghadap ilahi. Baru hujung bulan Mac hari tu aku jumpa dia kat ofis. Makan tghari sesama, hisap rokok dgn selambanya, skg dia dah tiada utk selamanya. Dia meninggal kerana kanser tahap kritikal. Yang sedihnya dia sendiri pun tak sedar selama ni dia berpenyakit. Masa dia nak masuk company baru dan buat medical check-up, barulah dia tahu dia berpenyakit kronik.
Sabtu lepas, paksu aku telah meninggal dunia. Dalam bulan ni je dah dua kali aku berasa sedih. Aku tak tau pun pakcik aku sakit, dengar kata akibat kena buatan sihir. Masa aku bangun subuh hari tu, aku dpt mesej drpd emak aku yg mengatakan paksu telah pergi buat selamanya.
Kawan aku tu baru umur 24 tahun, manakala paksu aku 36 tahun. Masih muda sebenarnya mereka berdua ni. Apakan daya, sudah ketentuan ilahi mereka pergi dahulu.
Ianya mengingatkan aku bahawa kita semua ni sebenrnya sdg menunggu giliran. Sampai masanya, kita juga akan pergi menyambut seruan ilahi. Tetapi adakah kita semua sudah mempersiapkan diri? Adakah kita masih leka dan hanyut dlm keindahan dunia?
Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat tumpangan sementara. Akhirat jualah yg kekal abadi. Begitulah imam selalu berpesan tatkala menyampaikan khutbah jumaat. Adakah kita masih terus ingin mengejar keseronokan dunia, harta kekayaan dan perempuan? Aduh, betapa ruginya kita jika inilah matlamat yg kita inginkan. Sedangkan kita tahu bahawa dunia ini tiada nilainya disisi tuhan, nilai dunia ini di sisi tuhan tidak lebih drpd sebelah sayap nyamuk pun.
Setiap yg bernyawa pasti akan merasakan mati. Di akhirat kelak, kita akan dihidupkan semula dan hidup selamanya, tak mati2 lagi dah. Kalau kita berada dlm golongan yg beriman, alangkah bahagianya kita. Hidup bersenang-lenang di dlm syurga buat selama-lamanya. Tetapi jika sebaliknya, sanggupkah kita menahan seksa neraka buat selama-lamanya?
Wahai tuhan, ku tak layak ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Allah maha pemurah lagi maha penyayang....
ReplyDeletesemoga roh mereka ditempatkan dengan kalangan mereka yang soleh....
insyaAllah bro, sama2 doakan. al-fatihah.
ReplyDelete