Bagi aku Crysis 3 lebih baik drpd Crysis 2 . Masih lagi mengekalkan jalan cerita tentang alien yg cuba menghancurkan bumi, manakala manusia yg memakai sut tersebut cuba menyelamatkan bumi drpd dimusnahkan. Kali ini dia turut menggunakan senjata baru iaitu 'Predator Bow'. Dgn menggunakan panah pemangsa ini bermakna pembunuhan musuh dapat dilakukan secara senyap.
Crysis 3 tetap game Crysis macam sebelum2 ni. Upgrade tetap sama macam dulu hanya di hujung jari je. Tak perlu pause game utk ke upgrade menu, hanya upgrade dlm in-game. Cuma aku rasa 'bos battle' dlm game ni terlalu mudah. Aku main medium difficulty, tapi rasa macam ayam je bos alien tu. Ataupun sebenarnya aku yg terlampau power?
Dan aku agak terkilan sebab dlm game yg aku download ni drpd kaktus repack ada glitch yg agak ketara iaitu kereta buggy takde tayar. Macam mana aku nak drive kereta yg takde tayar? Kereta kebal pun tak boleh bergerak. Hadoi! Nasib baik la aku nak cepat habiskan game ni. Kalau tak aku cuba cari fix patch kat internet. Bukan apa, game ni pun dah lama keluar drpd Mac tahun lepas. Cuma aku je yg takde masa nak main. Aku baru je lepas download game Sniper Elite 3. Game baru keluar tu. haha. Tapi aku rasa nak install
Tomb Raider Game of The Year edition dulu la. Lepas tu habiskan Dragon Age 2. Dragon Age Inquisition pun dah nak keluar Oktober ni. Assassin's Creed IV Black Flag dah 6 bulan tak habiskan lagi ni. Argghhh!!
No comments:
Post a Comment