Ini adalah Total War terbaru yg aku install pada Oktober tahun lepas. Macam biasa, aku baru habis main dlm bulan puasa ni. Aku pernah cerita pasal Total War : Rome dan Total War : Shogun II sebelum ni. Kedua-dua game tadi aku main sampai habis kesemua wilayah aku takluk. Untuk Rome II ni aku main sampai capai ultimate objective je. Nak takluk semua wilayah mungkin makan masa dua minggu lagi kot. Lagipun dah masuk sepuluh akhir Ramadhan ni nak kena cari lailatul qadar pulak.
Rome II agak berbeza kerana beberapa perkara. Antaranya batalion tentera dan armada laut ada limit. Nak gerakkan tentera kena ada general bersama. Kemudian dari segi building management korang tak boleh suka hati bina bangunan dlm bandar. Setiap bangunan ada kesan dari segi happines, food dan juga duit. Kena buat kira-kira sikit utk dapatkan balance. Province juga ada kesan tersendiri. Kalau dpt tawan province, lebih banyak kesan positif drpd setiap bangunan dlm province tu dan juga korang boleh buat edict.
Dalam game kali ni, aku pilih Egypt sebab tentera dia ada gajah. Itu je sebabnya. Dalam game ni jugak ada dua atau tiga family yg akan bersaing dlm negara utk mendapatkan kedudukan dlm senat. Bila tiada balance dlm senat, maka akan berlakulah civil war iaitu perang saudara. Dlm game ni korang juga boleh menawan kota di persisiran pantai menggunakan armada tentera laut. Perang kat laut pun best jugak. Lebih kurang macam dalam cerita 300 Rise of an empire tu.
Ini capital wilayah aku, iaitu Alexandria. Bila berlaku civil war selepas aku mencapai level imperium tertinggi, rival family aku tawan kota ni dan aku ambil balik dan bunuh mereka semua dlm masa satu turn je.
Kesemua wilayah yg aku takluk (warna kuning tu). Aku malas nak pegi Europe pasal kena lawan barbarian. Lagipun cuaca kat sana sejuk. Bukan setakat unta aku je boleh mati, tentera aku pun tak tahan cuaca sejuk camtu. Inilah kelainan dlm Rome II. Bila korang bukan pribumi kat sesuatu tempat korang akan ada disadvantage iaitu attrition.
Gambar bawah ni masa Battle of Samosata. Aku berhenti main masa bulan Februari lepas sebab kalah kat tentera Pontus. 2000 lawan 800 org mana boleh menang. Tapi aku repeat balik kali ni. Gajah dan chariot aku memainkan peranan penting utk kemenangan Egypt.
Bawah ni pulak masa Egypt berhadapan tiga kali ganda tentera musuh di Parsi
Bawah ni pulak Battle of Tushpa menentang tentera berkuda Trapezos. Beratus-ratus tentera berkuda Trapezos tumbang di tangan pikemen dan archer Egyptian.
Ini pulak masa armada laut Egypt pintas tentera Cimmeria sebelum mereka sempat sampai ke daratan utk menyerang wilayah Egypt di Bithania Pontus. Tentera laut Egypt masa tu hanya dibarisi oleh javelinmen saja tapi berjaya menang dan menghalau mereka pulang,
Rome II mungkin bukanlah game terbaik dlm siri Total War. Namun begitu Rome II ni ada kelainan dan cabaran yg berbeza. Pengurusan cukai dan perancangan bandar, civil war, serangan perisik, sekutu yg berpaling tadah, rebellion dan pelbagai lagi boleh membuatkan pemain Rome II pening kepala.
No comments:
Post a Comment