08 November 2014

Rancanglah kewangan anda dengan betul


Tugas aku adalah sbg 'Wealth Planner' atau dlm bahasa melayunya 'perunding kewangan'.


- Kenapa perlunya merancang kewangan dengan betul?

Kita tak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan. Adakah kita akan sakit? Atau mungkin kita akan dibebani hutang yg banyak? Atau anak2 nak masuk universiti tapi takde duit nak bayar?

- Bagaimana merancang kewangan dengan baik?

Bahagikan pendapatan anda utk perbelanjaan, simpanan/pelaburan dan perlindungan (protection). Mengikut apa yg aku pelajari sebagai perunding kewangan ini, pendapatan seseorang seharusnya dibelanjakan kepada tiga pecahan. 70% untuk perbelanjaan, 20% untuk simpanan/pelaburan dan 10% untuk perlindungan.

Sebagai contoh, seorang suami berpendapatan RM3,000 sebulan dan isteri RM2000 sebulan. Kalau dicampur pendapatan isi rumah mereka ialah RM5,000 sebulan.

70% drpd RM5k iaitu RM3.5k harus digunakan utk membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil2, belanja dapur & anak2 dan lain2.

20% drpd RM5k iaitu RM1k pula disimpan di dalam fixed deposit atau ASB/unit trust sbg pelaburan.

10% drpd RM5k iaitu Rm500 pula digunakan utk membeli insuran bagi diri, isteri dan anak2 sbg perlindungan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Lagipun insurans seperti Prudential ialah investment link iaitu ada elemen pelaburan/simpanan di dalamnya kerana wang anda dilaburkan ke dlm unit trust. Bermaksud dalam jangka masa panjang, anda akan dapat kembali apa yg anda telah bayar.

- Kenapa kena beli dengan Prudential dan bukan insurans lain?

Insurans Prudential cover utk setiap individu, dan bukan berkelompok. Tahukah anda bahawa insurans berkelompok ada had penggunaannya? Sebagai contoh jika had boleh claim hospital sebanyak RM10k setahun. Katakan anak sulung anda kena demam denggi pada bulan Februari dan anda hantar dia ke Hospital Pantai. Bil hospital yg anda kena bayar RM3k anda boleh tuntut drpd pihak insurer. Kemudian pada bulan Jun, anak bongsu anda pula kemalangan sampai patah tulang bahu. Anda hantar ke hospital Sunway pula siap buat pembedahan, jumlah bil ialah RM15k. Tapi had tahunan anda ialah RM10k sahaja dan anda dah gunakan RM3k sebelum ni. Jadi anda boleh claim RM7k sahaja. Lagi RM8k siapa nak bayar? Sanggupkah keluarkan wang dari akaun tabung haji anda utk bayar bil tersebut? Huhuhu.. Serius mental kalau jadi camni. Berbeza kalau anda beli dgn Prudential, kami cover minimum sampai RM50k setahun utk setiap individu. Takde kongsi anak beranak.

Lagi satu adakah anda tahu bahawa ada insurans yg meletakkan klaus tertentu seperti boleh claim sekali shj seumur hidup utk sejenis penyakit? Atau pun ada insurans berkelompok yg kena renew (perbaharui) setiap tahun, apabila salah seorang yg dilindungi ditimpa penyakit kritikal, pada tahun berikutnya dia tidak boleh dilindungi lagi. Sebagai contoh anda ambil insurans berkelompok utk keluarga anda. Anda renew setiap tahun. Sehingga pada tahun kesembilan, isteri anda ditimpa penyakit jantung dan dimasukkan ke IJN. Anda pun claim bil hospital kpd pihak insurer. Pada tahun berikutnya, apabila anda ingin renew polisi insuran tersebut, anda dapati syarat bahawa isteri anda tidak boleh dimasukkan ke dlm perlindungan polisi tersebut kerana telah mempunyai penyakit kritikal. Jadi selepas ini siapa nak bayar bil hospital kalau isteri anda diserang sakit jantung semula? Nak beli insurans lain memang tak boleh dah. Takde company insurans yg akan ambil mereka yg telah ada sakit kritikal.

- Apa yg perlu anda lakukan?

Anda perlu study dan kaji setiap insuran yg anda ingin beli. Apa yg penting anda tahu perbezaan kad perubatan (medical card) dan P.A insurance.

Kad perubatan adalah gunanya utk anda masuk ke hospital (warded) dan bayar segala kos seperti rawatan, ubat dan pembedahan.

PA insurance (personal accident) pula hanya boleh claim apabila anda ditimpa kemalangan (sebab itu ianya lebih murah).

Untuk bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya seperti tertera di bawah





No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com