02 March 2017

Ini dia senarai hadiah yang saya idamkan pada hari jadi akan datang...

Bulan hadapan pada 3 April adalah hari jadi saya. Saya sediakan entry pada kali ni sebagai pemberitahuan manalah tahu para pembaca boleh mengkabulkan permintaan saya. huhuhu...☺❤ Saya senaraikan beberapa barangan yang saya inginkan pada hari jadi saya seperti di bawah ini...


1. Konsol permainan video Playstation 4 slim berserta game Uncharted. Barangan ini boleh diperolehi di salah satu laman sesawang pekedai atas talian Shopback.com, iaitu Game On. Ianya berharga RM1419 dan boleh dapat cashback sebanyak 3.5%, iaitu pulangan lebih kurang RM49.


2. Kasut latihan Nike Metcon DSX Flyknit. Barangan ini boleh diperolehi di salah satu laman sesawang pekedai atas talian Shopback.com, iaitu Nike StoreIanya berharga RM649 dan boleh dapat cashback sebanyak 2%, iaitu pulangan lebih kurang RM13.
3. Lexpa Zero Bike. Barangan ini boleh diperolehi di salah satu laman sesawang pekedai atas talian Shopback.com, Go Shop. Ianya berharga RM699 dan boleh dapat cashback sebanyak 2%, iaitu pulangan lebih kurang RM14.
4. Lampu malam yang mempunyai sensor berserta lampu meja LED. Barangan ini boleh diperolehi di salah satu laman sesawang pekedai atas talian Shopback.com, iaitu Qoo10Ianya berharga RM37.90 dan boleh dapat cashback sebanyak 2%, iaitu pulangan lebih kurang RM0.76.



5. Meja dinding di rumah untuk meletak laptop atau barangan ringan. Barangan ini boleh diperolehi di salah satu laman sesawang pekedai atas talian Shopback.com, iaitu Qoo10Ianya berharga RM85.50 dan boleh dapat cashback sebanyak 2%, iaitu pulangan lebih kurang RM1.70.





Tadi kat atas saya ada sebut pasal Shopback.com. Mesti anda tertanya-tanya apa benda tu kan? Sebelum itu, saya nak tanya adakah anda gemar membeli belah atas talian di Lazada? Pernah membeli baju baru di Zalora? Atau pun anda kerap menggunakan khidmat Uber untuk bergerak ke destinasi yang selalu dikunjungi? Mengapa tidak anda berjimat melalui Shopback yang menawarkan cashback bagi setiap wang yang anda belanjakan untuk semua tujuan tersebut?

Shopback ialah laman sesawang #1 berkaitan Online Cashback/Rebates di Malaysia

Apabila mendengar perkataan cashback, apa yang selalu anda fikirkan? Perkara pertama yang anda mungkin terfikir mungkin adalah kad kredit yang menawarkan faedah cashback. Tetapi tahukah anda selain daripada cashback yang anda boleh perolehi daripada penggunaan kad kredit dan juga penggunaan kupon diskaun yang ditawarkan oleh kedai atas talian, anda juga boleh mendapat cashback melalui program yang ditawarkan oleh Shopback.com

Shopback memiliki lebih daripada 500 pekedai atas talian yang menjalinkan kerjasama dengannya di antaranya Lazada, Zalora, Foodpanda, Apple App StoreGame OnUber, AirAsiaAirAsiaGo, MASFave, The Star, Hotels.com, Catch that bus, Go Shop, dan banyak lagi. Shopback juga pernah diketengahkan di dalam The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan banyak lagi. Shopback juga terdapat di 5 buah negara lain seperti Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.

Sekarang mungkin apa yang anda ingin tahu ialah bagaimana Shopback ini berfungsi?

Begini ceritanya. Pekedai akan memberi komisen kepada Shopback apabila merujuk anda kepada laman sesawang mereka. Daripada komisen yang diterima inilah Shopback akan membayar kepada anda sebahagian daripadanya dalam bentuk cashback.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar akaun baru di sini. Kemudian anda boleh pilih mana-mana kedai atas talian yang anda berminat dan klik melalui pautan yang diberikan oleh Shopback.



Di situ juga anda boleh lihat jumlah cashback yang ditawarkan.





Apabila anda klik pada bahagian Shop Now anda akan di bawa ke laman sesawang kedai atas talian tersebut


Kemudian berbelanjalah seperti biasa dan buat pembayaran. Dalam masa 48 jam, anda boleh semak jumlah cashback anda di bawah tab PENDING.





Selepas tempahan anda disahkan oleh pekedai atas talian, cashback anda akan menjadi REDEEMABLE dalam masa 30 hingga 60 hari. Proses ini adalah bagi memastikan tiada pembatalan, pertukaran atau pemulangan barang dilakukan oleh anda atau pekedai dalam tempoh tersebut. 



Apabila wang cashback di dalam akaun anda sudah cukup jumlah minimum sebanyak RM10.00, anda boleh pilih untuk menebus wang yang terdapat di dalam akaun anda dengan cara request payout. Wang tersebut boleh dikreditkan terus ke dalam akaun PayPal atau pun akaun simpanan bank yang anda inginkan.



Tonton video di bawah ⇩ untuk penerangan lebih informatif berkenaan Shopback atau anda boleh terus daftar di pautan berikut : https://www.shopback.my/?raf=CxvBWw


Shopback juga boleh didapati dalam bentuk aplikasi telefon bimbit seperti App Store dan Google Playstore.


Sekarang jadi lebih mudah untuk membeli belah secara atas talian dan dalam masa yang sama boleh tebus cashback, betul tak? Maklumat lanjut boleh didapati pada pautan berikut:
https://www.shopback.my/mobile-apps

Selain itu untuk pengguna Google Chrome anda juga boleh tambah extension Shopback cashback button pada browser internet anda. Layari pautan berikut: 
https://chrome.google.com/webstore/detail/shopback-cashback-button/


Akhir sekali, jangan berlengah lagi! Daftar segera dan dapatkan cashback apabila anda membeli hadiah untuk hari jadi saya yang akan tiba tidak lama lagi!! ☺☺☺☺☺
                                      


1 comment:

http://www.emailcashpro.com