03 October 2007

Bagaimana lelaki menilai kecantikan perempuan...

Apabila lelaki melihat perempuan, tentu mereka akan menilai kecantikan seseorang perempuan itu. Perempuan banyak menghabiskan wang untuk membeli alatan kecantikan seperti make-up, pil pelangsing badan, krim pencerah muka dan sebagainya. Memang perempuan mempunyai hak untuk membelanjakan wang mereka untuk mencantikkan bahagian luaran, namun adakah sifat dalaman mereka juga dijaga dengan baik?
Sebenarnya semua perempuan cantik. Tuhan menciptakan kaum perempuan dengan pelbagai ciri-ciri yang dapat menggoda kaum lelaki. Setiap lelaki mempunyai pandangan berbeza terhadap kaum perempuan. Walaupun secara luaran seseorang perempuan itu tidak cantik, namun mungkin sifat dalaman mereka berbeza. Seseorang lelaki mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih perempuan. Kadang-kadang pada pandangan orang lain, pasangan mereka tidaklah secantik mana, atau tidak secocok dengan mereka. Namun di mata mereka, perempuan yang mereka pilih itulah yang paling cantik di mata mereka.
Apa yang kita perlu tahu ialah kecantikan itu bukanlah sesuatu yang boleh dinilai hanya dengan memandang wajah di dalam cermin sahaja. Kecantikan adalah sesuatu yang susah untuk dinilai sebenarnya. Ianya bergantung kepada cara kita berfikir. Kalau kita fikir kita cantik, maka cantiklah kita. Orang lain mungkin mengatakan kita tidak cantik. Pedulikanlah mereka. Setiap orang menilai kecantikan dari sudut yang berbeza. Ada orang mengatakan Britney Spears itu cantik. Tapi bagi aku Britney Spears itu tidak cantik. Dia popular hanya kerana imej seksi sahaja. Apa yang perlu kita tahu ialah ada seorang atau mungkin lebih yang menganggap kita cantik, iaitu orang yang menyukai kita atau pasangan kita.

2 comments:

  1. betul,betul,betul...

    yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga
    yang cantik itu diri
    yang indah itu tatacara

    ReplyDelete
  2. silap,silap,silap...

    yang cantik itu pekerti
    yang indah itu tatacara

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com