
Berakhlak sangatkah perempuan yang memakai tudung? Adakah perempuan yang bertudung menjaga solat lima waktunya? Adakah perempuan bertudung itu menjaga kehormatannya? Aku tidak rasa semua perempuan yang bertudung itu baik-baik belaka. Ada perempuan yang bertudung tapi melakukan kemungkaran seperti berkhalwat, berzina dan sebagainya. Ini lebih teruk daripada perempuan yang tidak memakai tudung tetapi menjaga kehormatannya.
Sepatutnya kita tidak boleh memandang serong kepada perempuan yang tidak bertudung. Sepatutnya kita membimbing mereka supaya insaf terutamanya kaum suami yang mana isteri mereka tidak bertudung ataupun kaum bapa yang mana anak perempuan mereka tidak memakai tudung. Tidak semestinya hari ini seorang perempuan itu memakai tudung, selamanya dia akan memakai tudung. Macam kawan perempuan aku waktu sekolah dulu pakai tudung, tapi bila dah masuk universiti dah tak pakai dah. Macam tu lah jugak perempuan yang free hair, mana tau suatu hari nanti dia akan insaf dan kembali ke pangkal jalan dan memakai tudung selaras dengan tuntutan agama kita.

No comments:
Post a Comment