25 June 2010

Mimpi piala dunia

Semalam aku tengok Itali tersingkir drpd piala dunia setelah tewas kpd Slovakia. Nasib baik blog ni tak menyokong Itali sepenuhnya dlm kempen piala dunia 2010 (hahahaha...). Sebenarnya, ada satu rahsia yg aku ingin sampaikan kali ini. Tak ramai org tahu. Peristiwa empat tahun lepas, kira-kira sebulan sebelum piala dunia 2006. Masa tu aku masih mendiami kediaman kkd 50A di Kg.Wai. Rumah aku tu agak tersorok drpd pengetahuan umum. Alat GPS pun tak boleh nak kesan.

Pada suatu malam, ketika sedang tidur aku telah bermimpi Itali memenangi piala dunia. Tapi aku tak ingat pasukan apa yg kalah kat Itali dlm mimpi tu. Keesokan harinya aku pun ceritakan mimpi tu kpd housemate aku, Ahmad, budak mekatronik. Dia pun takde la mengatakan mimpi aku tu karut. Dia tanya aku "Brazil ke yg kalah kat final dlm mimpi ko tu?" Aku pun cakap, "Bukan, Brazil dah kalah sebelum tu, tak pegi final".

Dipendekkan cerita, cuti semester pun bermula dan kemudian disusuli oleh piala dunia 2006 sampai la awal bulan Julai. Kemudian semester baru bermula. Hari tu aku masuk rumah baru, dekat lorong kedai aca. Roomate aku ialah Jeri. Kebetulan semasa hari mendaftar sem 3 tu, pada malamnya akan berlangsung final antara Itali dan Perancis. Brazil dah tersingkir masa pusingan kalah mati, tepat spt ramalan aku. Malam tu Jeri tanya aku, "Ko tak tengok final malam ni, zim?" Aku pun kata "Tak nak la. Aku dah tau Itali menang. Aku pernah mimpi dulu." Jeri senyap dan tak memberi sebarang komen. Mungkin tak percaya dgn kata-kata aku.


Keesokan pagi, sebelum pegi kelas, soalan pertama yg Jeri tanya kat aku ialah "Siapa menang malam tadi, zim?" Aku jawab "Itali". Sbb awal pagi tu aku dah dpt sms alert keputusan final piala dunia. Nasib baik aku tak cerita kat semua org pasal mimpi aku tu. Kalau tak akibatnya ramai org yg akan berjudi bola menggunakan ramalan aku.

Semalam aku mimpi memeluk seorang gadis dlm keadaan tanpa seurat benang. Bukan aku tak pernah mimpi macam tu, tapi semalam aku rasakan mmg sangat best. Seolah-olah mimpi aku tu benar-benar berlaku. Gadis tersebut tenang dlm dakapan aku, bersedia menyerahkan seluruh jiwa raganya kpd aku. Hampir-hampir terlanjur, sikit je lagi nak masuk tapi entah kenapa aku tiba-tiba menolak gadis tersebut ketepi. Serentak drpd itu, aku terus terjaga drpd tidur.

Kemudian aku sambung tidur balik. Tapi mimpi tadi tak kembali semula, mungkin gadis tu merajuk sebab aku tak siram dia dgn air. Sorry la, bukan aku tak nak siram. Air masih banyak tapi entah, aku pun tak tau kenapa aku buat camtu. Itu cuma reaksi normal aku, mungkin menyedari apa yg aku buat tu salah sbb dia dan aku bukan muhrim. Walaupun begitu, aku rasa bagus jugak aku tak terlanjur. Kalau tak, kena mandi wajib lak pagi2 buta nanti. Piala dunia kali ni, aku mimpi bola lain pulak, bola basah. Biasanya mimpi camni adalah tanda bahawa sesuatu yg baik akan berlaku kpd aku. Betul ke? Harap2 camtu la...

3 comments:

http://www.emailcashpro.com