08 July 2010

Batman : Arkham Asylum


Masa kanak-kanak dulu, aku selalu mengimpikan utk menjadi superhero seperti Spiderman, X-men, Superman dan Batman. Akhirnya berjaya juga menjadi Batman walaupun sekadar di dlm game komputer.

Game ni bermula dgn penangkapan Joker dan dihantar oleh Batman ke Arkham Asylum, sebuah pusat pemulihan di bandar Gotham menggunakan Batmobile. Batman berasa pelik kerana Joker seolah-olah merelakan dirinya utk ditangkap dan dihantar ke sana. Rupa-rupanya Joker sedang merancang sesuatu...


Dlm game ni, pemain dapat menggunakan gadget canggih spt Batarang, Batclaw, Synchronizer dan ada beberapa lagi gadget yg aku tak ingat. Dan apa yg menarik ialah pertempuran antara Batman dan penjahat adalah by hand. Seperti yg kita ketahui, Batman tak pernah menggunakan pistol. Maka dlm game ni korang dpt melihat teknik2 seni bela diri Batman semasa berlawan dgn musuh.

Antara watak2 jahat yg akan turut muncul selain Joker ialah Harley Quinn, Scarecrow, Poison Ivy dan Killer Croc. Selain itu, dlm game ni juga korang akan diuji utk menyelesaikan puzzle dan riddle. Selepas main game ni, barulah aku tahu yg Batman tu rupa-rupanya boleh terbang. Selama ni aku ingatkan Batmanlah satu-satunya kelawar yg tak boleh terbang kat muka bumi ni. Tapi dia kena berada kat tempat tinggi dulu la sebelum terbang. Pastu baru boleh meluncur kat udara dgn bantuan prinsip aerodinamik.

2 comments:

http://www.emailcashpro.com