21 June 2010

Rise of Nations : Rise Of Legends



Game ni sepatutnya aku dah habiskan masa tiga tahun lepas. Tapi masa tu laptop aku ada problem, jadi aku sempat main sikit je. Barulah sekarang ni aku ada peluang nak repeat balik. Dalam game ni ada tiga kempen yg perlu korang tempuhi; Vinci,Alin dan Cuotl. Setiap kempen saling kait mengait. Maknanya korang kena main Vinci sampai habis dulu, pastu baru unlock Alin dan seterusnya Cuotl. Keunikan game ialah dlm kempen Vinci, korang akan bermain dgn teknologi dgn pelbagai unit tempur mekanikal dan robot besi. Dalam kempen Alin pula, korang akan bermain dgn unsur magik dan sihir. Manakala kempen Cuotl pula menggabungkan unsur teknologi dan magik pada masa sama.



Kalau pasal hero, memang banyak. Dlm setiap kempen ada lebih kurang lima orang hero yg mempunyai keunikan dan kuasa tersendiri. Protagonis utama ialah Giacomo. Beliau merupakan anak bangsawan yg mahu menuntut bela di atas kematian abangnya yg mati dibunuh.

Bagi aku game ni boleh tahan jugak la. Kadang2 agak susah jugak nak menang. Aku suka bila menyerang bandar musuh. Situasinya rasa macam dalam filem futurustik je. Robot Giacomo (sebelum upgrade) tu aku tengok ada persamaan macam robot dlm The Matix: Revolution.



Seperti game strategi yg lain, misi utama adalah merampas dan memusnah bandar musuh. Game ni mmg ada keunikan tersendiri. Daripada sejenis robot yg dipanggil 'Clockwork Man' sampailah kepada robot 'Sun Idol', korang rasailah sendiri dunia mekanikal dlm game ni. Tapi drpd segi kepuasan bermain, aku rasa belum cukup hebat utk menyaingi Warcraft 3: Reign of Chaos dan Frozen Throne. Bagi aku Frozen Throne adalah game strategi terbaik yg pernah aku main setakat ni.

3 comments:

  1. DoTA best x?Hahaha

    Game paling best kau main ialah Playboy Mansion.Wakaka.

    ReplyDelete
  2. hahaha..ajim maen sampai tau separuh game da jahanam..wahaha

    ReplyDelete
  3. Playboy mansion tu apek punya cd. Tak best langsung game dia. Setakat amik gambar pastu publish kat majalah. Lagi best main the sims.

    ReplyDelete