11 August 2010

Ramadhan di sini...

Kali pertama dlm hidup aku puasa sorang2 diri. Kadang2 terasa macam hidup kat perantauan la pulak. Padahal jarak rumah aku dgn rumah parent aku takde la jauh mana pun. Sejam perjalanan je (Rawang ke Kajang). Rasa macam nak ulang-alik dari rumah aku ke tempat keje setiap hari jek. Tapi bila memikirkan belanja petrol + tol + penat, maka aku tak kisah la sahur dan berbuka sorang2 kat sini. Kalau ulang-alik nanti tak pasal2 aku buka puasa dlm kereta setiap hari.

Sehari sebelum puasa...



Membasuh sinki utk mendapat pahala pertama. Kebersihan kan sebahagian drpd iman.


Pinggan mangkuk yg selesai dicuci.Permulaan yg baik.


Portable stove disiapkan utk memasak sahur esok pagi.


Periuk nasi pun ada. Semuanya emak ayah aku yg sponsor termasuklah beras tu sekali. hehehe...persiapan utk bersahur.

Tapi, akhirnya pada waktu sahur hari pertama...

Dah pukul 5.00 pagi. Malas nak memasak. Jadi, aku makan mi segera mamee kari berapi aje la..

Kalau korang nak baca suatu kisah yg menyayat hati...Karangan yg aku tulis dua tahun lepas. Baca kat sini --> aku sebatang pen

2 comments:

  1. haha..semangat taik ayam..slamat puasa ajim

    ReplyDelete
  2. nak menitik airmata aku tgk kau punya sahur.jom la sahur dgn aku.boleh tlg basuh pinggan lepas mkn.hahaha

    ReplyDelete