20 November 2010

Monolog dalam diri

Kali pertama kita bertentang mata adalah sewaktu di meja makan dalam satu program di Terengganu suatu ketika dulu. Aku nampak kamu terkejut sewaktu aku memandang tepat ke dlm matamu. Apabila kamu menundukkan wajahmu, barulah aku tersedar dari lamunanku. Sebenarnya aku tak sengaja memandang kamu seperti itu. Dlm hati aku menyesal kenapa aku memandang kamu macam tu. Aku berasa malu dan takut utk berdepan denganmu.

Pada awalnya aku cuba menolak sebarang perasaan terhadapmu. Pada masa itu sememangnya aku tak mahu menerima perempuan dlm hidup aku. Tetapi hatiku cair setiap kali melihat senyuman yg kamu berikan kepadaku. Walaupun aku tak pasti apa makna senyuman tersebut, ikhlas atau sengaja menggoda aku? Entah kenapa aku selalu berfikir bahawa kamu cuba mempermainkan aku atau cuba membuatkan aku perasan bahawa kamu suka kat aku. Tapi walau apa pun yg aku fikirkan, hakikatnya aku memang telah terjatuh ke dlm perangkap. Secara jujurnya aku menyukai kamu dlm diam. Dan aku suka memandangmu ketika kamu tidak menyedarinya. Walaupun banyak kali kantoi, tapi aku tetap tak peduli. Bagi aku ketika memandangmu hatiku menjadi senang dan gembira.


Kamu adalah perempuan pertama yg berjaya menawan hatiku. Kamu adalah satu-satunya perempuan yg berjaya menghapuskan naluri aku terhadap lelaki. Kehadiranmu telah mengubah hidup aku.Aku sedar kita tak pernah bertegur sapa. Aku langsung tak mempunyai kekuatan utk menghampirimu dan memulakan perbualan. Pernah beberapa kali aku cuba mendekati kamu sampaikan ada sekali aku duduk di sebelah kamu.Tetapi aku tak pernah mampu utk bercakap dgn kamu.Aku juga tahu bahawa kamu sudah mempunyai teman lelaki istimewa. Mungkin lebih baik jikalau aku seorang saja yg menyukaimu, biarlah jika kamu tak menyukai aku.

Kadang kala aku pelik kenapa kita selalu bertemu dlm keadaan dan situasi yg tidak diduga, seperti ketika nak balik bercuti hari raya masa tahun 2005 dan 2006 dulu. Aku rasa itu semua memang telah ditakdirkan. Aku minta maaf kerana menggangu kamu di library masa tahun satu dulu.Masa tu kamu tgh kusyuk study dgn seorg kawan manakala aku pula memerhatikan kamu dari rak buku. Setelah nampak aku, kamu terus menutup buku.Aku ingin meminta maaf kerana selalu mengganggu kamu dgn cara macam tu. Aku tau kamu bosan dgn sikap aku yg selalu memandang kamu dari jauh tanpa berbuat apa-apa. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku enggan mendekati kamu. Semuanya aku pernah catatkan dlm post misi mencari jodoh suatu ketika dahulu. Alasannya ada pada bahagian akhir post tersebut.

Aku tak berharap kamu membaca tulisan ni kerana aku tak tau kenapa aku menulis tentang perkara ni. Tapi memandangkan kita tak akan berjumpa lagi pada masa akan datang, maka aku rasa amat sesuailah jika aku menulis sesuatu sebagai tanda ingatan. Teruskan hidup kamu. Aku berharap kamu akan mendapat seorang lelaki yg baik.

Hari ni genap dua tahun misi mencari jodoh. Sebab itu aku post cerita ini.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com