05 December 2010
Serangan pemusnah
Sejak sebulan yg lepas, aku dah jarang masuk internet. Ini semua gara-gara serangan virus yg telah merosakkan sistem komputer aku. Banyak program yg telah digodam sekaligus menyebabkan aku tiada pilihan lain selain reformat pc aku semula.
Semua ini berpunca drpd virus yg dibawa masuk melalui pendrive aku. Virus ini jugalah yg telah merosakkan pc kat ofis aku. Aku kecewa kerana antivirus AVG aku gagal mengesan kehadiran virus semasa aku scan pendrive tersebut.
Akhirnya banyak software termasuklah game yg belum sempat aku habiskan spt Fallout 3 dan Front Mission Evolved terpaksa aku remove. Malah software dan driver utk maxis broadband aku pun dikesan sbg virus.
Sekarang ni pc aku dah jadi baru spt semasa aku mula-mula beli dulu. Dan sekarang ni aku dah install game baru iaitu Need For Speed: Hot Pursuit (version 2010). Aku pun dah tak pakai antivirus AVG lagi. Aku guna antivirus COMODO pulak. Nampak macam okay je setakat ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment