12 January 2011
Football Manager 2011
Sejak beberapa minggu yg lepas,aku banyak menghabiskan masa bermain game FM ni.Maklumlah kali terakhir aku main game FM ni masa FM2009. FM2010 aku tak pernah main pun. Jadi ada banyaklah perubahan yg aku dapat lihat pada game yg mengasyikkan ni.Antara perubahan ketara ialah contract negotiation yg tampak lebih real dan padat. Kemudian ialah match preparation iaitu latihan taktikal yg mana akan menjadi fokus pasukan menjelang pertemuan dgn lawan beberapa hari sebelum perlawanan.
Grafik nampak lebih cantik dan menarik. Namun begitu aku dapat rasakan kekuatan FM ni ialah pada strategi dan formasi pasukan. Saling kaitan antara tempo dan passing kemudian width dan defensive line. Cuaca dan ukuran padang turut menjadi penentu sesuatu perlawanan. Selain itu, coach turut boleh memberi arahan drpd touchline yg mana merupakan satu option yg bagus.
Dalam FM korang mestilah menyusun strategi mengikut kekuatan pemain yg korang miliki.Korang juga boleh melihat trait mana yg penting utk role pemain korang melalui player instruction. Ianya sangat membantu.Sekiranya korang menyusun strategi dgn tepat, tak mustahil utk melihat pasukan korang beraksi seperti dlm siaran EPL yg korang selalu tengok kat TV tu.
Kalau korang perlukan gambar pemain dan logo pasukan boleh cari kat internet. Facepack yg aku download boleh dapat kat sini - Sortitoutsi.net. Tapi saiz dia agak besar la. Lebih kurang 3GB.
Bermain FM menyebabkan aku sering tidur pukul 2.00 pagi. Nasib baik esoknya aku keje, kalau tak aku tak tidur sepanjang malam menghadap game ni. Kerana ini adalah antara game simulation terbaik yg pernah wujud kat muka bumi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment