Tahun baru 2011 ni dimulakan dgn berita buruk. Handset nokia navigator aku telah mengalami kerosakan. Apabila aku buka slide, paparan tak keluar. Dipercayai keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan kepada reben yg berada di tempat slide handset aku. Nasib baik handset ni aku dah lama pakai. Bulan April ni, dah masuk tiga tahun aku pakai handset ni. Biasanya aku akan tukar handset baru setiap tiga tahun. (Sedang mengumpul duit utk beli handset baru...)
Aku masih berada kat company lama. Bulan ni dah masuk lima belas bulan dah. Gaji naik sikit tapi masih rendah kalau nak dibandingkan dgn market price. Projek stainless steel yg aku jaga sejak setahun yg lalu dah pun selesai. Aku tengah mempertimbangkan langkah selanjutnya demi masa depan aku. Tahun lepas pun aku tak jadi berhenti pasal aku sayangkan projek ni. Kalau aku tukar company lain, macam mana agaknya? Adakah aku akan dapat company yg lebih baik atau lebih teruk? Bagi aku, keje kat sini okay lagi kot. Pasal aku takde tekanan sangat, keje pun relax. Kalau aku pegi company yg lebih besar, international, pasti keje teruk. Gaji mungkin masyuk, tapi kena keje macam lembu.
Sekarang ni aku tengah belajar AutoCAD pulak. Nak mantapkan balik skill yg telah lama aku tinggalkan. Bulan November hari tu, bos aku tarik aku attend training software PV Elite. Bos aku kata software ni baik utk masa depan aku. Pasal banyak company Oil & gas yg buat boiler dan pressure vessel pakai software ni. Jadi, skg ni aku dah mula belajar macam mana nak design pressure vessel. Bos aku kata dia nak train aku jadi design engineer padahal jawatan aku sebenarnya QA/QC Engineer. Itulah kelebihan keje kat sini. Aku boleh belajar semua bidang. Setahun yg lepas, aku dah belajar kerja2 Quality Control, Process dan Production. Sekarang ni aku dah mula involve kerja2 Quality Assurance dan juga Design pulak.
Aku pun fikir bagus jugak kalau camni. Sebab kalau aku nak keje kat tempat lain, aku dah boleh buat banyak benda. Aku dah tau pasal QA/QC, Design dan Production. Aku boleh dapat gaji dua kali ganda drpd kat sini. Mungkin aku boleh jadi Factory Manager. hmmm... Kalau nak mengimbas kenangan keje kat sini memang banyak yg menyedihkan. Aku bermula daripada kosong. Masa mula2 masuk dulu aku buat keje2 inspector, check welding, fitup inspection, final inspection, malah IQC inspection pun aku buat. Padahal aku bukannya qualified person utk buat benda2 ni. Tapi aku belajar sikit2. Aku kenal proses welding, kenal jenis material: plate, pipe dll. Pastu aku attend lawatan drpd company third party. Biasanya utk projek la.
Awal tahun lepas, masa lepas projek aku ada problem aku dilayan seperti sampah. Semua orang seolah-olah menghukum aku. Tapi aku bangkit dan berjaya membawa fasa kedua projek tersebut dgn jayanya. Padahal masa bulan Julai dulu aku dengar cerita company nak buang aku. Kemudian factory manager yg advise kpd management supaya mengekalkan aku. Sebulan kemudian, engineer sorang lagi tu resign. Jadi, masa tu aku dipaksa oleh management utk mengambil alih tugas beliau. Maka bermulalah tugas baru aku iaitu involve utk drawing submission dgn JKKP pulak. Masa masuk bos baru, dia kekalkan aku dgn keje yg aku buat tu. Aku pun dah mula malas nak pegi production selalu macam dulu lagi. Aku ingat nak duduk kat ofis study pasal design dan juga kod ASME sebab aku rasa macam ni lebih berbaloi dgn gaji yg company aku bayar. Buat masa ni, aku kena berkorban dulu. Aku kena kejar ilmu dan pengalaman dulu, kemudian baru kejar duit. Cukup masa nanti bila aku dah yakin dgn kemampuan aku, aku nak berhijrah.
good ajim..kte baru lg..kumpul je dulu ilmu2 yg le kte dpt..
ReplyDelete