17 January 2011

Tak sempat nak habiskan...

Selalu aku reviewkan kat blog aku ni ttg game2 yg aku rasakan best. Tapi tak semua game yg aku download kat office tu, aku main sampai habis. Kita lihat game mana yg aku main separuh jalan dan sebab2nya...


Game ni memang best. Lain drpd yg lain. Aku main dah lepas satu persatu stage sampai la stage terakhir iaitu space. Stage terakhir ni unlimited, maknanya stage ni takde penghujung dan boleh main sampai bila-bila. Boring la kalau never ending.Maka aku pun terus remove game ni drpd pc aku utk selamanya...


Satu je aku suka pasal game ni. Boleh mainkan muzik mp3 drpd koleksi sendiri masa tengah run. Dua bulan lepas, aku dah try main. Masa second half team Newcastle aku tengah lawan dgn Manchester Utd, MU buat substitution. Tomas Kusczak masuk menjadi defender. Tak logik langsung. Sebab tu aku uninstall game ni.


Inilah game yg buat aku excited masa mula2 main dulu. Pasal aku boleh cakap menggunakan speaker headphone aku dan memberi insruction kpd tentera2 di medan perang. Rasa macam jeneral pulak. Tapi, kekurangan voice command ni ialah kadang2 arahan suara yg diberikan tidak dapat difahami oleh sistem. Lagipun game ni slow pace la. Rasa bosan pun ada, remove je la..


Apasal aku rasa game ni macam indah khabar drpd rupa? Masa sebelum download aku tengok preview, grafik dia cantik. Tapi bila dah install,lain pulak. Apahal pun aku dah remove game ni. Mungkin aku sepatutnya explore dulu kelebihan game ni. Lain kali je la...


Game ni best. Aku tau game ni best. Pasal aku pernah main sekejap sebelum pc aku kena virus hari tu. Tapi aku nampak game ni tak smooth la bila run kat pc aku. Takpe la, aku cuba main Total War: Shogun 2 lak pasni.


Game ni grafik dia memang mengancam abis! Tapi aku dah format pc aku, jadi game ni dah hilang drpd pc aku. Lagipun aku bukannya minat basketball. Abis tu, buat pe aku download game ni?


Kedua-dua game ni pulak boleh run kat pc aku, tapi ada problem dgn grafik. Kena beli grafik kad baru, mungkin?

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com