29 March 2011

Total War : Shogun 2


Siri total war kembali lagi. Kali ini ke Jepun pula. Shogun 2 merupakan sekuel kpd game yg pertama dikeluarkan oleh Creative Assembly dulu iaitu Shogun. Game ni baru release 15 Mac 2011 yg lalu. Tapi disebabkan saiz yg teramat besar iaitu kira-kira 11 gigabyte menyebabkan aku memilih utk membeli sahaja game ni kat kedai. Sebab kalau nak download kat ofis, aku kira-kira amik masa 2-3 minggu jugak la nak habiskan semuanya.

Beli kat kedai pun 3 DVD, satu disc 12 ringgit. 3 dah 36 ringgit. Aku mintak kurang dapatlah 33 ringgit. Itupun tokei kedai tu banyak kali ulang cakap kat aku nak main game ni kena pakai grafik kad. Aku pun banyak kali ulang cakap pc aku ada grafik kad walaupun 256mb je. Selama ni aku main game Starcraft 2, Fallout dan Dawn of War 2 tak pakai grafik kad ke? Macam la pc aku takde grafik kad.



Jika korang bermain campaign mode, korang mempunyai satu objektif sahaja iaitu membawa clan korang mara ke wilayah Kyoto dan menguasai serta bertahan selama empat musim sebelum menjadi Shogun tanah air Jepun pada kurun ke-16. Ada sembilan clan kesemuanya termasuk yg popular seperti Oda dan Tokugawa.



Kalau dah nama total war, bahagian yg paling best tentulah epik peperangannya. Kuda, archer, samurai, ninja, dan banyak lagi ada dlm game ni. Bermain Shogun 2 ni mengingatkan aku kpd nostalgia game Total War : Rome yg dikeluarkan pada tahun 2004 dulu. Peperangan sebijik macam dlm filem kat pawagam.



Review Shogun 2 di IGN.com

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com