04 April 2011

Aku dah tengok video tu...

Aku berani bersumpah bahawa aku dah tengok sebahagian drpd video tu. Video apa? Hehehe... Video tu dah ada kat youtube, tapi mukadimah aje la. Sebab babak yg kemudian2 telah dipotong.

Aku sendiri pun tak tau nak percaya atau tak. Sekarang ni aku sendiri pun konfius. Tak tau pihak mana yg betul. Biarlah, bukan ada kena mengena dgn aku pun. Aku cuma mempunyai semangat inkuiri yg tinggi, tapi last sekali aku sendiri pun tak boleh nak nilai siapa yg betul.

Jadi, dikesempatan ini aku ingin menyiarkan sesuatu utk renungan bersama:

Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis :-

1 . Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari



2. Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab, "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita." - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid." -Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. :Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."-Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. * Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang ulia." -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: "Di antaratanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu." -Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis Sahih Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com