10 April 2011

Fallout : New Vegas


Game RPG / FPS / TPS dan open world terbaik pernah aku main. Itu sahaja ungkapan paling sesuai utk game ni. Sama macam game Fallout 3 sebelum ni, game ni juga berlatar belakangkan masa depan iaitu era selepas perang nuklear berakhir. Cuma kali ni lebih menumpukan di kawasan Las Vegas.


Ada kasino kat New Vegas ni. Siap boleh main gambling lagi kat sini. Main nombor ekor je takde dlm New Vegas ni.


Ada robot2 securitron yg mengawasi keamanan. Manakala geng the Kings pula merajai kawasan Freeside.



Perbezaan ketara antara New Vegas dgn game sebelum ni ialah wujudnya faction yg memperjuangkan ideologi politik masing2 dan mempunyai matlamat tersendiri. Ada yg bermusuhan, jadi terpulang kpd korang utk menyebelahi faction tertentu atau pun korang boleh jadi neutral je (atas pagar).


Korang boleh jugak membawa pengikut utk membantu korang dlm perjalanan.


Bukan setakat boleh bertumbuk dan menembak je, dlm game ni pun korang boleh berenang dan menyelam.

Setiap tindakan atau keputusan yg korang buat akan menentukan pengakhiran game ni. Maknanya ada beberapa pilihan ending yg boleh korang alami. Semuanya bergantung kpd cara yg korang pilih. Memang menarik!
Kepada yg menghadapi masalah dlm game ni bolehlah rujuk kat Wikia The Vault.

Review game di IGN

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com