25 August 2014

Assassin's Creed IV Black Flag

Kalau cerita pasal siri Assasissin's Creed, yg kita biasa ingat ialah pembunuh upahan. Assassin's Creed IV : Black Flag ni masih lagi cerita pembunuh, cuma dikembangkan lagi dgn menjadi watak lanun di kepulauan Carribean. Watak utama ni sebenarnya moyang kpd watak drpd game Assassin's Creed 3.
Aku pun rasa game ni diilhamkan drpd cerita Pirate of Carribean tu, cuma takde watak Jack Sparrow je. Tapi watak Blackbeard ada dlm game ni. Apa pun aku rasa berterima kasih kpd developer yg mencipta game ni. Game ni memang betul superb! Masa mula install dulu aku tak minat sangat nak main game ni, pasal aku lebih sukakan lanun macam anime One Piece tu. Ada sidekick dan geng yg bermacam karekteristik dan keupayaan. Tapi Black Flag ni game assassin, selalunya pembunuh bergerak solo walaupun dia adalah lanun dan mempunyai krew kapal sendiri.  Lama2 aku dah boleh terima dah game ni sebab ianya lebih realistik berbanding anime.

Dlm game ni, terlalu banyak aktiviti yg boleh dilakukan. Drpd ambil upah bunuh org sehingga menangkap ikan paus dan jerung, kepada mencari harta karun dan bertempur dgn askar Inggeris dan Sepanyol. Semuanya sangat mendebarkan. Antara yg aku suka ialah menawan fort iaitu kubu yg diawasi meriam dan mortar. A' Famosa tu dulunya kira fort juga la yg mana berebut org nak tawan. Kemudian aku suka aktiviti menyelam ke dasar laut utk mencari harta karun. Ada jerung kat dlm laut tu, kena hati2.

Antara highlight utama game ni, ialah pertempuran di lautan antara kapal dengan kapal. Mula2 tembak pakai meriam kemudian bila kapal musuh dah lumpuh, terus boleh boarding atas kapal mereka dan lawan pakai pedang dan pistol. Teringat macam cerita Pirates of Carribean. Masa kapal The flying dutchmen dan black pearl serang Men O' War inggeris tu dari kiri dan kanan. Hancur ranap kapal inggeris tu.

Black Flag adalah sebuah game yg tidak disangka-sangka menggabungkan tema assassin dan pirate di dlm suatu penceritaan. Apapun bagi aku ini adalah antara game paling best aku main sepanjang tahun 2013 selain drpd Starcraft 2 Heart of the swarm

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com