18 August 2014

Tomb Raider


Tomb Raider yg aku main ni adalah Game of the year edition. Ianya merupakan reboot drpd game terkenal zaman aku kanak2 dahulu. Tomb Raider juga pernah dijadikan filem pada tahun 2003 dahulu dilakonkan oleh Angelina Jolie sbg watak utama. Memang sesuai la sebab Lara Croft tu memang seksi tahap meleleh air liur lelaki malahan lebih dari itu. huhhuhu..

Cerita bermula apabila pasukan ekspedisi yg disertai oleh Lara dihentam ribut taufan di laut berhampiran Jepun mengakibatkan kapal mereka terhempas di sebuah pulau yg asing. Rupa-rupanya pulau itu didiami oleh ramai manusia yg mengamalkan ajaran sesat(mungkin?) dan mereka cuba menagkap krew ekspidisi tersebut. Tugas Lara adalah utk menyelamatkan mereka semua dan cuba mencari jalan meninggalkan pulau tersebut.

Bukan nak cakap apa, tapi Lara Croft ni memang betul seksi walaupun dlm game.

Korang boleh upgrade skill dan senjata utk pertempuran dgn pemaustatin pulau tersebut

Gambar atas ni mengingatkan aku pada babak dlm cerita The Grey masa tiga orang tu cuba menyeberangi gaung utk melarikan diri drpd serigala.
Ingatkan kat Langkawi je ada kereta kabel. Kat pulau asing ni pun ada juga rupanya
Ada juga nama Melaka kat dlm game ni

Dia akhir2 game ni pemain akan bertempur dgn stormguards iaitu pasukan samurai Jepun yg masih mengawal roh permaisuri mereka selama bertahun-tahun lamanya. Dan juga akan berlawan dgn guardian yg berbadan gergasi. Hmmm, sedikit spoiler..
Secara keseluruhan aku rate game ni sbg amat bagus. Jalan penceritaan yg sangat menarik dan pertempuran serta banyak situasi yg mendebarkan memberi sedikit sebanyak cabaran kpd gamers sekalian. 





No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com