25 August 2015

Mafia 2 : Enhanced Edition


Jangan tanya kenapa aku suka main game yg dah lama. Aku masih ada baki 20 game lagi dlm senarai game yg aku download tapi belum main termasuklah Warhammer 40k Space Marines, Remember Me dan yg terbaru Saint's Row Gat Out of Hell. Lagipun game2 terbaru sekarang ni kebanyakan saiz dah cecah 60 gb boleh makan separuh Drive C aku. Actually game Mafia 2 ni keluar pada tahun 2010 tapi masa tu aku sibuk main  Fallout 3 dan StarCraft II: Wings of Liberty. Enhanced Edition ni baru2 je keluar dan menggabungkan kesemua DLC yg ada dlm Mafia 2 seperti Adventure of Joe Barbara dan Jimmy Vendetta.



Bermain Mafia 2 mengingatkan aku kepada game Sleeping Dogs yg aku main tahun lepas. Walaupun tema lebih kurang sama iaitu gangsterisme, namun Sleeping Dogs adalah game undercover. Sebaliknya Mafia 2 memang betul2 game Mafia. Lagipun Mafia 2 berlangsung pada tahun 1940-an dan segala-galanya adalah retro. Kesemua lagu2 soundtrack dlm game ini adalah lagu2 retro 40-an.




Kekuatan Mafia 2 ni adalah pada stroryline yg diselang seli dgn cutscene yg menarik.


Seperti kebanyakan game kat luar sana, dlm Mafia 2 juga anda boleh mencari pelbagai collectibles seperti Wanted Posters dan Playboy Magazines. Tapi aku cuma cari Playboy Magazines je. Gigih repeat semua chapter utk cari benda ni. Hahaha!!


Kena klik pada poster atau klik slideshow baru boleh nampak apa yg uncensored. Huhuhu...



No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com